Keangkuhan DAP boleh dipadam perpaduan Melayu

Jika pemerintah Pulau Mutiara kini mahu dikenali sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bukan Kerajaan Pakatan Pulau Pinang, apakah nama Pakatan juga akan digugurkan daripada penamaan pemerintah Selangor?

Matlamat pengguguran istilah Pakatan itu ialah untuk memberi mesej bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur. Justeru sudah tentu pemerintah hakiki ialah di pulau itu ialah DAP kerana ia mempunyai 19 daripada 40 kerusi di negeri itu.

Penegasan  ini dibuat DAP untuk mengingatkan umum bahawa bukan sahaja pemuafakatan tujuh tahun itu sudah berakhir tetapi untuk mengabsahkan bahawa PAS tiada kena mengena dengan pemerintahan negeri berkenaan.

Namun faktor utama yang mendorong pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Khamis lalu sebenarnya dilihat untuk “menekan” Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk mengambil langkah sama.

Dengan mengisytiharkan Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukan lagi kerajaan yang dibina atas nama Pakatan Rakyat, DAP mahu menegaskan PAS bukan lagi rakan kongsi politik DAP mahupun PKR.

Setakat ini Azmin masih belum mahu akur pada inisiatif DAP itu. Mesyuarat di antara Azmin dengan pemimpin kanan DAP Selangor minggu lalu gagal membuat keputusan untuk “menceraikan” PAS dari kerajaan negeri Selangor.

Azmin amat berhati-hati. Beliau banyak terhutang budi pada PAS. Kemelut politik yang berakhir dengan pemilihannya sebagai menteri besar adalah satu contoh hakikat ini.

Setelah “bersaing secara tidak langsung” dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menemui jalan buntu PAS membantu meleraikannya dengan mencalonkan Azmin untuk jawatan itu kepada Istana Selangor.

Azmin juga insaf di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak, beliau amat memerlukan sokongan PAS untuk menang sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-14 kelak.

Lantas bukan mudah bagi Azmin memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor. Malangnya, DAP dilihat tidak bersimpati dengan dilema Azmin.

DAP yakin dengan 15 kerusi DUN miliknya serta 13 kerusi PKR dan mungkin sokongan dua Adun PAS, adalah memadai untuk  “menendang” PAS keluar.

Bagaimanapun apabila golongan ini dicants oleh akar umbi PAS kerana terlalu lunak dengan DAP dan dilihat mengancam kedudukan ulama dalam parti, 70 peratus perwakilan muktamar PAS bulan lalu menolak mereka.

Meskipun maklum bahawa usul Dewan Ulama PAS supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP belum muktamad, DAP menyambar kesempatan “memaksa” PAS dinyahkan dari Pakatan Rakyat.

Tindakan DAP ini dirangsang oleh inisiatif golongan progresif PAS yang meyakinkannya bahawa ia mahu menubuhkan parti baru dan menyertai Pakatan Baru sekaligus akan menyingkirkan PAS.

Tindakan DAP “menekan”Azmin supaya memilih DAP atau PAS dalam kerajaan Selangor membayangkan pendirian bahawa bukan sahaja ia tidak memerlukan PAS malah menganggap PKR sudah kurang relevan.

Di DUN Pulau Pinang, DAP mempunyai 19 kerusi; PKR ada 10 dan PAS satu daripada 40 kerusi. Mesej jelas DAP ialah ia mahu mewar-warkan Pulau Pinang kini diteraju oleh DAP.

Meskipun Guan Eng mendakwa keputusan itu dibuat oleh Exco Negeri namun, umum tahu PKR dan PAS dalam kerajaan negeri adalah “bak lembu dicucuk hidung”. Jarang, dan mungkin tidak pernah mereka menyanggah Guan Eng.

Wakil PKR, Dr Mansor Othman pernah mempertikaikan lagak politik Guan Eng dan sebagai ‘Dewa’ tetapi selepas pilihanraya umum ke-13, beliau kehilangan kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Nasib yang sama menimpa seorang lagi Timbalan Ketua Menteri dari PKR, Fairus Khairuddin apabila beliau bersilang pandangan dengan Lim Guan Eng.

Dalam DUN Selangor, DAP mempunyai 15 kerusi; PAS, 15 dan PKR 10. Pembangkang dari Umno ada 12 kerusi dan bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Adun bebas tunggal.

DAP berkira, PAS boleh ditendang keluar dari Pakatan Selangor kerana dua Adun PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin – yang keluar saf PAS tahun lalu dalam isu pelantikan Menteri Besar akan menyertai kerajaan gabungan DAP dan PKR.

Rumusan DAP jika PKR (13) bergabung dengan DAP (15) dan PAS (2) mereka masih boleh menubuhkan kerajaan di Selangor. Maka PAS tidak diperlukan.

Bagaimanapun kesombongan DAP yang mahu mengambil alih teraju pakatan pembangkang, sebenarnya boleh padamkan oleh kesedaran dan cinta agama dan bangsa di kalangan pemimpin PKR dan PAS dan Umno.

Di Pulau Pinang misalnya, jika PKR (10) dan PAS (1) serta Umno (10) bekerjasama, menubuhkan kerajaan perpaduan, DAP akan menjadi parti pembangkang di negeri itu (21-19).

Begitu juga di Selangor. Gabungan PAS (15), PKR 13, Umno 12 pasti meletakkan DAP di kerusi pembangkang. Sejarah membuktikan Selangor menjadi Negeri Maju diteraju oleh kepimpinan politik Melayu.

Tidak ada sebab kombinasi pemimpin PAS, PKR dan Umno, tidak mampu melonjakkan Selangor ke tahap pembangunan lebih tinggi.

Ketika Melayu mentadbir Selangor, masalah perkauman dan keagamaan tidak banyak timbul. Keharmonian terkawal. Namun apabila PKR dan PAS cuba “mengampu” DAP supaya ia dilihat lebih inklusif, perkauman menjadi isu besar.

Ketika umat Islam berpuasa, DAP semakin galak mempamerkan taring politiknya. Pemimpin politik Islam harus mengambil iktibar daripada semangat Ramadan bahawa mereka sebenarnya lebih banyak dijalin oleh akidah dan adab yang sama. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana