Kasihan Melayu Terkial-kial mempertahankan DAP

Penulis merasa kasihan kepada seorang anak muda Melayu yang terkial-kial mempertahankan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan sebuah parti cauvinis dalam satu wawancara dengan portal berita Malaysiakini.

Syefura Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Rara, tampil dengan bertudung menyatakan sepanjang penglibatan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, tidak ada sebarang tindakan atau keadaan yang menujukkan DAP parti perkauman atau rasis.

“Alhamdulillah saya sangat selesa berada dalam DAp, bersama pimpinan DAP dan rakan-rakan…” kata Rara.

Kita tidak kisah jika Rara selesa bersama DAP. Ia adalah pilihan beliau. Ia memang hina dan jelik, tapi bukan sesuatu yang aneh kepada Melayu hari ini.

Yang kita ambil peduli ialah kenyataan Rara bahawa orang Melayu sebagai majoriti harus bertolak ansur dengan kaum lain terutama dalam isu pendidikan satu aliran.

Pemberita: “Mengapa pemimpin tertinggi DAP tetap mahu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika mereka bukan parti rasis. Mengapa tidak hanya sekolah satu aliran?”

Rara: “Bagi pendapat saya, setiap orang ada hak dan pendirian masing-masing. Dan…bagi pendapat saya ini bukan soal mahukan sekolah satu aliran atau dua aliran. Tapi ia berbalik kepada Perlembagaan juga. Tak boleh senang hendak ubah perlembagaan. dan juga banyak isu kita perlu selesaikan dulu sebelum kita hendak selesaikan isu sekolah satu aliran dan dua aliran ini.”

Soalnya, jika mereka bukan parti rasis mengapa DAP masih mahu sekolah aliran cina dikekalkan? Rara tidak perlu bercakap soal Perlembagaan atau isu lain kerana ia soalan mudah sahaja.

Jika DAP parti memperjuangan keadilan dan kesamarataan antara kaum, mengapa mereka tidak boleh menerima sekolah aliran bahasa kebangsaan sebagai sistem pendidikan tunggal?

Kasihan Rara gadis Melayu yang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik sebahagian kaum Cina. Jika beliau baca Perlembagaan Malaysia dengan betul tentu beliau tahu kewujudan sekolah aliran Cina ini sepatutnya sudah dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka.

Beliau juga berpesan sebagai kaum majoriti di negara ini, orang Melayu perlu bertolak ansur dengan kaum minoriti serta perlu sensitif antara satu sama lain.

Soalnya, apa lagi yang orang Melayu belum bertolak ansur? Jangan main tuduh dan dakwa sahaja seolah-olah orang Melayu ini kejam, menindas bukan Melayu dan tidak berperikemanusiaan.

Bangsa Melayu ini paling banyak bertolak ansur. Tidak percaya? Pergilah ke negara lain boleh ada sekolah aliran lain selain sistem pendidikan aliran bahasa rasmi secara sewenang-wenangnya dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan?

Adakah di negara lain, kaum Cina dibenarkan menguasai ekonomi, media, infrastruktur, letrik, judi, permbinaan sehinggakan 25% kaum Cina menguasai hampir 70% kekayaan negara. Malah sekarang mereka juga mahu menguasai politik dengan dibantu oleh Melayu seperti Rara dan Melati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana