Kalau G18 gagal, Pasma tubuh parti baru...Sanggup Nak Bersama Dengan DAP Lagi

SHAH ALAM:  Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) dilaporkan akan menerajui sendiri usaha penubuhan sebuah parti Islam yang baru sekiranya kumpulan yang menggelarkan diri mereka G18 gagal untuk merealisasikan perkara itu.

Memetik laporan sebuah portal, Presiden Pas, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18.

Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, Pasma sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru.

"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (Pasma) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).

"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," ujarnya.

Menurut Phahrolrazi, usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.

“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.

G18, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pimpinan Pas yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini membayangkan akan menubuhkan parti baru bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana