Kalau dipihak Yang Benar apa nak ditakuti.....1MDB : Najib Yakin Kebenaran Akan Ditegakkan

KUALA LUMPUR 9 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dan berikrar kebenaran bakal ditegakkan selepas beliau dilanda pelbagai dakwaan melibatkan dirinya.

Najib berkata, segala dakwaan yang dibuat ke atas dirinya tidak benar dan memohon agar rakyat tidak mempercayai segala yang tersebar melalui laman media sosial.

“Jangan dengar perkara mengarut. Terlalu banyak mengarut di media sosial. Jangan dengar langsung. Tidak semuanya benar. Kita akan pastikan kebenaran akan muncul akhirnya.

“Jika (mereka) kata bilion ringgit daripada 1MDB hilang, dengar kepada laporan ketua audit negara dan lihat jika ia benar atau tidak. Saya tidak mahu buat sebarang pengumuman, biar beliau umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat Parlimen Wangsa Maju di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, di sini hari ini.

Najib menegaskan, sebagai perdana menteri, beliau tidak akan mengambil sesuatu hak rakyat, selain mewujudkan kerajaan yang ikhlas dalam usahanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, beliau juga memperkenalkan banyak perubahan untuk memastikan kehendak rakyat dipenuhi.

“Antara perubahan yang saya buat, bila saya pergi ke majlis, saya tidak ikut protokol. Bila saya duduk makan, saya beri keutamaan kepada wakil masyarakat.

“Bila saya berjumpa dan berbual dengan mereka, walaupun sekejap, saya dapat memahami masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan dan mengukuhkan ikatan kita,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana