Kabinet Setuju Najib Terus Diberi Mandat Sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA 8 Julai - Menteri-menteri kabinet sebulat suara bersetuju untuk terus memberi mandat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri,  ketika pelbagai isu melanda Najib termasuk artikel daripada Wall Street Journal (WSJ).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kabinet turut telah diberi penjelasan sendiri oleh Najib yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

"Kami sudah adakan perbincangan berkenaan isu semasa termasuk isu artikel Wall Street Journal.‎

"Perbincangan tersebut dimulakan oleh Najib yang menjelaskan kepada kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang kita semua tahu.‎

"Tidak (meminta PM berehat seketika untuk disiasat), saya rasa Kabinet sangat bersatu dalam pandangan membenarkan proses berjalan seperti yang diperlukan," ‎katanya kepada pemberita selepas semasa Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada barisan Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, proses perundangan dimulakan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang disiarkan pada 3 Julai lalu yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.

Firma guaman yang mewakili Najib, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak-pihak yang menulis, mengedar dan mencetak artikel terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana