Jeng...Jeng.....Bahagian kedua video pendedahan Lester Melanyi disiarkan

KUALA LUMPUR: Bahagian kedua pendedahan video mengenai laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini perolehi oleh The Star.

Ramesh Rao Krishnan Naidu dari Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, yang mendakwa bertanggungjawab mengenai pendedahan video tersebut berkata, beliau akan mengeluarkan dua bahagian lagi rakaman itu apabila tiba waktunya.

Dalam video terbaru selama enam minit, bekas pengarang Lester Melanyi mendakwa pernah bertemu dengan warga Swiss Xavier Andre Justo yang kini disiasat oleh polis Thailand atas tuduhan memeras ugut.

Lester berkata, beliau menemui Justo di London “dua atau tiga kali” pada 2012 dan 2013, serta mempercayai bekas eksekutif PetroSaudi itu tidak mengubah sebarang dokumen dia dikatakan curi daripada syarikat lamanya.

Bagaimanapun, Lester mendakwa Justo menemui pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, dan hanya menyerahkan 10 peratus daripada dokumen berkenaan kepada Rewcastle-Brown.

“Lagi 90 peratus semuanya dicipta oleh orang Malaysia, orang Pembangkang. Dia (Justo) tidak mengubahnya. Pereka laman web di London amat cekap dalam melakukannya. Jika awak suruh dia mencipta wang, dia boleh lakukannya dan ianya kelihatan seperti wang benar,” kata Lester.

Beliau mendakwa, pereka itu mengubah dokumen untuk misi Sarawak Report untuk mempersalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menceritakan pertemuannya dengan Justo, Lester berkata, dia seorang yang baik dan beliau tidak percaya rakyat Swiss itu seorang penjenayah.

Lester juga berkata, dia tidak percaya Rewcastle-Brown membayar Justo wang bagi membocorkan maklumat.

Dia mendakwa Justo dan ketua Sarawak Report itu diperkenalkan oleh seorang pengarah Bruno Manser Fund (BMF) dengan tujuan “mereka cerita” untuk menjadikannya menarik.

“He terbang dari Switzerland ke London untuk memastikan apa yang boleh dilakukan oleh Clare dengan cerita mengenai Malaysia untuk menyerang Najib,” kata Lester.

Sarawak Report masih belum memberi respons terhadap pendedahan terbaru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana