Itulah Matlamat.....Pakatan terancang jatuhkan Najib

Tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak oleh media asing merupakan pakatan terancang untuk menyemarakkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri dan kepemimpinan negara.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan itu juga mempunyai agenda untuk mencampuri sensitiviti rakyat negara ini apabila mengaitkan Ambank yang diketahui umum saham terbesarnya dimiliki Bumiputera.

Katanya, tindakan tegas yang dirancang diambil oleh Perdana Menteri terhadap penyebar fitnah itu amat wajar sebagai pengajaran.

“Saya menyokong tindakan Perdana Menteri untuk menyaman pihak yang terbabit bagi membuktikan beliau serius dalam menangani fitnah ini dan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kreadibiliti beliau di samping membersihkan imej dan nama baik selaku Ketua Negara yang tercalar.

“Saya juga mencadangkan pihak Ambank yang dikaitkan dengan pertuduhan ini juga membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat jika benar untuk membuktikan mereka tiada kaitan dalam isu ini,” katanya.

Pada masa sama, Jamawi menasihatkan golongan muda supaya tidak mengambil tindakan melulu dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah itu.

“Ini tuduhan berat tanpa bukti yang kukuh kerana akibatnya nanti negara kita akan porak peranda disebabkan propaganda anasir luar yang mahu memecahbelahkan perpaduan antara kita.

“Sekarang masanya untuk kita bersatu bagi mengekang sentimen kebencian yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam masyarakat kita dengan harapan ia akan menjadi nanah dan barah dan seterusnya menamatkan riwayat kepimpinan negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana