Isu penubuhan Pakatan 2.0... Khalid Ibrahim masuk gelanggang

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba-tiba 'masuk gelanggang' dalam hu ha penubuhan pakatan pembangkang baru tanpa PAS iaitu Pakatan 2.0.
Mungkin Khalid nampak ruang, jika PKR memilih DAP, PAS akan terkeluar dari kerajaan dan jadi pembangkang... tolak dua ADUN PAS yang pro Gerakan Harapan baharu (GHB) iaitu ADUN Morib Hasnul Baharudin dan ADUN Hulu Klang Saari Sungib, PAS ada lagi 13 ADUN.

Campur Khalid dan 12 ADUN UMNO ada 26 ADUN... kurang empat untuk tubuh kerajaan negeri.

Susahkah hendak jadi empat ADUN dalam keadaan politik yang tidak stabil?

Sebab itu barangkali, Khalid menggesa jika benar Pakatan Rakyat 2.0 mahu diwujudkan, ia perlu dilakukan segera agar tidak mengelirukan rakyat.

Ujarnya, sikap dolak dalih bersabit perkara itu secara langsung akan menjejaskan pentadbiran di Selangor memandangkan negeri itu ditunjangi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP.

"Memandangkan ini merupakan inisiatif dalaman yang melibatkan PKR dan DAP, bukanlah prerogatif saya untuk memberi pendapat.

"Walaubagaimanapun dalam konteks Selangor, sekiranya benar ura-ura penubuhan Pakatan Rakyat baharu, adalah lebih baik ianya diselesaikan secepat mungkin supaya kekeliruan, kegusaran dan haru-biru di kalangan penjawat awam boleh dihindarkan.

"YAB Dato Menteri Besar perlu membuat keputusan tentang perkara ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kita tidak mahu percaturan politik sebegini mengganggu gugat kelicinan dan keberkesanan proses pentadbiran negeri," katanya dalam posting di Facebooknya, Rabu.

PAS dan DAP kini tidak lagi menjalinkan hubungan politik selepas bertelagah perihal isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Kedudukan PAS di Selangor kini goyah apabila wujud khabar angin bahawa parti baru yang diasaskan GHB bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan.

Parti baru itu bakal disertai bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS 4 Jun lalu, penubuhan parti baru itu disahkan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana