Isu pakaian atlet menjolok mata: Mufti saran patuhi hukum syarak

SHAH ALAM: Mufti Pahang Datuk Rahman Osman menyarankan mana-mana individu untuk kembali kepada syarak yang ditetapkan berhubung panduan dalam menutup aurat samada lelaki mahupun perempuan.

Katanya, hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak boleh dipandang sambil lewa, apatah lagi membelakangkan hukum-Nya demi menyertai mana-mana aktiviti.

"Kena ikut garis panduan yang ditetapkan, samada artis hiburan, sukan. Kalau ikut panduan-panduan tu selamatlah daripada bercanggah syarak.

"Samada laki atau perempuan kena menutup aurat dalam apa bentuk sekalipun, ini adalah satu perintah Allah kita kena jagalah. Kalau bermain sukan pun kena ikut perintah Allah, takkan kita nak ikut bersukan dan biarlah bertentang dengan syarak. Itu tak boleh, kita kena dulukan agama," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi ahli gimnas negara Farah Ann Abd Hadi yang dikecam gara-gara mendedahkan auratnya sehingga menampakkan lurah kemaluan pada temasya Sukan Sea baru-baru ini.

Farah Ann mendapat kritikan para netizen di laman sosial yang tidak bersetuju dengan cara pemakaiannya yang tidak melambangkan sebagai perempuan Islam.

Malah Rahman menggesa rakyat Malaysia bijak dalam memilih acara sukan yang ingin disertai dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya barat.

Katanya lagi memakai pakaian yang menutup aurat semasa bersukan tidak akan menjejaskan kemenangan seseorang atlet itu.

"Pakaian itu adalah pakaian yang bercanggah dengan syarak dan sama dengan pakaian orang barat. Mereka tak ada agama, Tuhan.

"Saya bagi contoh ada atlet Saudi baru ni, dia terlibat dalam acara balapan. Dia tetap bersukan dengan pakaian yang tidak bercanggah dengan syarak.

"Kalau pakaian tu tak tutup aurat maknanya dia tak boleh sertailah. Kita tak boleh kata kita moden, patutnya dakwah (dan) Islamkan orang, bukan kita ikut orang. Yang jadikan Islam tu lemah sebab tak hormati agama," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana