Isu dakwaan akaun PM: Alamak...ada yang sudah 'kena kencing'

'Kena kencing' adalah bahasa politik yang lebih sedap merujuk kepada kena temberang,kena kelentong atau kena tipu.
'Mandi' pula membawa maksud untuk kenakan seseorang.

Elok sangat kita gunakan bahasa politik ini merujuk kepada 'kejutan berganda' laporan beberapa portal berita Rabu mengenai satu akuan bersumpah ( statutory declaration ) seorang bekas pegawai AmBank yang dipecat.

Al-kisah pengakuan itu yang konon dibuat oleh pegawai itu mendakwa dia kena pecat pada tahun 2013 kerana mempersoalkan dan melaporkan pemindahan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu.

Jalan cerita akaun bersumpah itu dengan segala drama bagaimana dia kena marah dan kena berdepan dengan bos besar di AmBank sebelum dipecat memang sensasi habis.

Maka tidak hairanlah kalau portal-portal berita itu merasakan ini 'lauk' mereka untuk 'mandikan' Najib selepas baru-baru ini Wall Street Journal buat dakwaan RM2.6 billion wang dipindah masuk melalui 1MDB ke akaun peribadi beliau.

Akaun itu didakwa di AmBank.

Kumpulan yang menyebarkan akaun bersumpah pegawai berkenaan kepada portal-portal itu dikenali sebagai Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Kenyataan mengenai akaun itu dikeluarkan oleh pengerusi CAGM yakini seorang peguam bernama Md Zainal Abidin.

Nampak gaya ada yang sudah 'kena kencing' hidup-hidup dalam kegairahan dan terkinja-kinja untuk siar apa saja ' sampah sarap' untuk kasi 'mandi' Perdana Menteri dalam dakwaan akaun peribadi itu.

Belum sampai mata hari terbenam selepas siar besar-besaran pasal akaun bersumpah itu dapat khabar yang boleh buat mereka yang lemah jantung terus rebah tergolek....rupanya ia akaun bersumpah palsu.

CAGM beritahu di blognya bahawa akaun bersumpah itu tidak wujud dan sebenarnya ia disebarkan cuma untuk 'ujian sosial' dalam arina media sosial di negara ini.

Maksudnya nak test tengok gelagat portal-portal berita main tangkap muat pakai tanpa usul periksa.

Peguam yang dikatakan bernama Md Zainal Abidin juga tidak wujud.

'Kepada pengarang terhornat dari Malaysian Insider,Malaysiakini dan lain-lain portal berita ,ia agak mendukacitakan untuk memberitahu ini kepada kamu "Tidak wujud seorang peguam bernama Md. Zainal Abidin,',katanya.

CAGM malah macam sindir kata bagaimana ia kelentong para pengarang yang gagal periksa fakta dulu sebelum siar sesuatu berita sensasi.

'Hari ini adalah hari besar bagi kami kerana ia menunjukkan sejauh mana kita boleh pergi di Malaysia kalau kita tahu nak jual satu berita besar,' katanya secara sinis lagi.

Dalam bahasa mudah...Jawabnya ini sudah bikin malu mereka dan keluarga mereka main semberono siar apa saja orang lain sogok.

Portal-portal berkenaan jenuh kena siar balik kisah betul yang telah memalukan mereka ini.Ada yang terus padamkan berita asal pasal akaun bersumpah setelah menyedari mereka kena main.

Dalam hal berkaitan ,beberapa hari ini kebelakangan beberapa portal galak membesarkan dakwaan Pascal, anak kepada pengasas AmBank Hussin Ahmad Najadi konon pembunuhan bapanya pada 29 Julai ,2013 di Lorong Ceylon Kuala Lumpur ada kaitan dengan isu akaun Perdana Menteri di bank itu.

Kononnya Hussin ada buat laporan polis pada 28 Julai 2013 ,sehari sebelum dibunuh bahawa aduannya kepada Bank Negara mengenai banyakl wang masuk ke akaun Najib di bank itu tidak diambil tindakan.

Otai DAP ,Lim Kit Siang pun terus melompat minta polis buka balik siasatan keatas kes pembunuhan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan itu.Katanya ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan susulan itu pihaknya menyiasat perkara tersebut.

“Ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mereka sengaja membuat berita tidak betul dan memfitnah. Kes pembunuhan Hussein Najadi tak ada kaitan dengan 1MDB, tak benar sama sekali.

“Saya mengesahkan tidak ada laporan polis kononnya dibuat oleh Hussein Najadi sebelum dia dibunuh, berkenaan dengan kemasukan sejumlah wang. Perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana