Isu air: Rakyat Selangor kian terhimpit ekoran pergeseran politik 'tidak matang'

SHAH ALAM: Pergeseran politik 'tidak matang' antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor dalam isu Perjanjian Air Selangor akan terus menghimpit pengguna di negeri itu sekiranya tidak diselesaikan dalam masa terdekat.    Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, perbalahan kedua-dua entiti berkenaan dikhuatiri akan membebankan pengguna yang bergantung kepada bekalan air terawat.  

"Kita (PPIM) merasakan perkara ini tidak harus berlaku dan yang paling penting ianya tidak harus menyusahkan pengguna. Tapi kadang-kadang kita jadi serba salah, bila kita kata air tidak ada, ada pihak lain pula kata ada air. Kami pun jadi macam pening tapi apa pun pengguna tidak harus dibiarkan melalui satu fasa yang menyukarkan seperti di bulan Ramadan dan Syawal kelak, mati kita", katanya ketika dihubungi Antarapos.   Beliau turut mengulas satu langkah drastik perlu diambil kedua-dua pihak bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2  (LRAL2) di Selangor tanpa melibatkan unsur politik.  

"Saya harapkan semua mereka yang bersangkutan supaya duduk semeja dan selesaikan perkara ini, ia tidak seharusnya menjadi taruhan kepada politik kita. Sepatutnya perkara ini diselesaikan cara baik dan cari kaedah bagaimana hendak menyelesaikan secara bijaksana", katanya lagi.   Katanya lagi, isu melibatkan keperluan asas rakyat di negeri berkenaan juga, harus diselesaikan segera kerana rakyat Selangor mula muak dengan agenda politik sesetengah pihak yang mementingkan diri tanpa menghiraukan keperluan rakyat.   "Kena selesai cara baik dalam masa terdekat, kalau tidak rakyat akan pening dengan keadaan sebegini. Orang politik seharusnya menunjukkan contoh yang baik tapi kalau pergaduhan ini tidak berakhir, yang akan terima kesan adalah orang ramai".  

Malah menurut Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran, kelewatan pembinaan LRAL2 turut mendatangkan masalah kerana 34 Loji Rawatan Air di Selangor hanya menghasilkan 4.371 bilion liter air terawat sehari sedangkan keperluan semasa pengguna mencecah 4.322 bilion liter sehari.   "Dalam konteks beberapa cadangan yang sediada hanya Langat dua yang separuh tergantung (status). Yang kami lihat Langat 2 adalah satu penyelesaian dan pada masa sama kami ingin tegaskan isu kawasan tadahan air bagi projek ini juga perlu diselesaikan dan diwartakan", katanya.   Tegas beliau, bukan hanya masyarakat yang menerima kesan, pihak industri perkilangan juga turut menerima kesan sama terutama industri makanan dan pemprosesan.   Industri sarung tangan saya rasa banyak mengutarakan aduan mengenai isu ini. Jadi kalau tutup, mana penduduk nak cari pendapatan.

Kalau dari segi penyelesaian, kalau saya menteri tenaga, teknologi hijau dan air, hari ini juga saya laksanakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006), saya akan suruh SPAN (Suruhanjaya Pengurusan Air Negara) menguruskan industri sehingga pembinaan siap", ujar beliau.   Penduduk Selangor di Hulu Langat dan Cheras terus diuji dengan masalah gangguan air meskipun dalam bulan Ramadan.   Kebanyakan penduduk di kawasan yang terbabit gangguan bekalan air terpaksa menumpang membasuh di rumah saudara dan rakan taulan.   Ada juga pendudukk terpaksa melupakan hasrat untuk memasak makanan berbuka puasa dan sahur demi menjimatkan penggunaan air.   Menurut kerajaann Selangor, gangguan bekalan air yang berlaku di sesetengah kawasan pada masa ini disebabkan kekurangan air terawat serta kadar air tidak berhasil (NRW) yang masih tinggi selain gangguan operasi di Loji Langat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana