Isteri wakil rakyat PAS Kelantan perlu persoal status diri

SHAH ALAM: Isteri kepada wakil rakyat PAS di Kelantan yang mahu menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mempersoalkan status perkahwinan mereka dan tidak mendiamkan diri begitu sahaja.

Ini kerana suami mereka sudahpun disahkan mengangkat sumpah bai'ah bersama PAS setiap kali pilihan raya berlangsung, sebagai tanda taat setia pada parti.

Sumpah itu secara jelas menyatakan jika mana-mana wakil rakyat PAS bertindak menyertai parti lain, maka jatuhlah talak tiga kepada isteri masing-masing.

Perkara itu sudahpun dijelaskan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini.

"Dari sudut berbai'ah taklik, maka jatuh hukum itu kerana hukum cerai ini terletak pada suami.

"Jadi bagi isteri, jangan berdiam diri dan bawa perkara ini ke pejabat agama atau mahkamah," katanya, dipetik Sinar Harian.

Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa wakil rakyat PAS Kelantan yang secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada GHB namun masih tidak mahu meninggalkan PAS.

Tindakan mereka ini dipersoalkan oleh kebanyakan pihak tambahan mereka sudah berbai'ah bersama PAS.

Antaranya Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr. Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan wakil rakyat PAS Kelantan adalah, pada pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013 mereka sudahpun berbai'ah dengan 'mencagarkan' rumahtangga mereka iaitu jatuh talak tiga terhadap isteri-isteri masing-masing seandainya melompat parti atau meninggalkan parti.

Nik Zawawi dalam pada itu menggesa isteri kepada semua wakil rakyat PAS menasihatkan suami mereka supaya kembali ke pangkal jalan dan melihat semula lafaz bai'ah yang dibuat sebelum ini.

"Isteri memainkan peranan penting memberikan nasihat supaya tidak melakukan tindakan yang tidak beretika dan tidak bermoral dalam konsep perjuangan ini.

"Hatta jika kita lihat orang bukan Islam berjuang, mereka tidak berganjak daripada dasar mereka walaupun ia sebuah parti Komunis. Jadi kalau kita yang dakwa membawa perjuangan Islam tetapi melakukan perkara sebaliknya, ini satu benda tidak patut berlaku.

"Jadi bagi isteri-isteri mereka, saya kira mereka adalah individu yang paling rapat dengan suami, pujuk, nasihatkanlah mereka kerana akibatnya sangat-sangat buruk bagi mereka yang langgar taklik. Dalam rumah tangga tidak ada keberkatan, anak-anak tidak ada keberkatan dan akan menyusahkan mereka sendiri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana