IMDB: sudah ada video pengakuan yang 'meletop'

Ini sudah tentu boleh jadi bukti penting konspirasi pihak tertentu dalam isu 1MDB.Ada orang sudah serah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report kepada polis.
Juga orang berkenaan dalam laporan polisnya mendakwa pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional,Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan Rabu memberitahuturut dalam pengakuan dalam video itu nama beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report turut didedahkan.

BERIKUT KENYATAAN MEDIA PENUH DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

1.? Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

2. ?Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

3.? Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

4.? Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

5.? Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

6.? Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

7.? Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

8.? Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

9.? Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

10.? Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

11.? Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

12.? Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

13.? Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional

Putrajaya

Malaysia

Julai 15, 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana