Iktiraf perkahwinan sejenis: Mengapa Allah tak terbalikkan bumi Amerika Syarikat?

MENJIJIKKAN. Tidak boleh dibayang dek akal apabila lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan. Biar pun ia berlaku di negara Barat, tapi ia tetap menjijikkan.

Itulah yang berlaku apabila hawa nafsu mengatasi akal. Lebih malang, ia dianggap hak asasi manusia, hak kebebasan, hak kesamarataan dan macam-macam lagi istilah yang berasaskan hawa nafsu mengalahkan binatang.

Akan tetapi, Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Quran 1,400 tahun dahulu bahawa telah wujud kaum Nabi Luth AS yang melanggar fitrah kejadian manusia.

Mereka menjalin hubungan sejenis, engkar larangan Nabi Luth, natijahnya negeri mereka diterbalikkan seperti yang disebut dalam ayat ke-82, Surah Hud.

Persoalan, mengapakah Allah tidak menterbalikkan negara Amerika Syarikat atau negara-negara yang membenarkan hubungan jijik ini berlaku?

Jawapannya, inilah rahmat Allah di akhir zaman. Imam At-Tobari ketika mentafsirkan ayat ke-102 Surah Al-Anbiya’, beliau berkata rahmat Allah yang dimaksudkan merangkumi orang Islam dan bukan Islam. Orang bukan Islam, meskipun mereka kafir, mereka dirahmati dengan tidak ditimpa azab seperti yang ditimpa ke atas umat-umat terdahulu.

Demikian besarnya rahmat Allah. Bukanlah Allah merestui mereka yang berbuat kezaliman ini, tetapi Allah ingin umat manusia memanfaatkan baki umur yang ada untuk kembali bertaubat, sebelum diazab di akhirat kelak.

Apa yang kita khuatirkan adalah telah wujud kumpulan pengikut kaum Nabi Luth di negara kita. Ada juga yang sudah berani muncul di khalayak, contohnya Seksualiti Merdeka.

Bahkan sebelum ini pun ada lelaki Islam yang berani berkata ‘Saya gay saya ok’.

Umat Islam khususnya di Malaysia wajib menolak budaya hidup songsang ini yang ternyata telah merosakkan masyarakat. Berikan didikan agama kepada anak-anak bahawa pelaku hubungan kotor dan jijik ini dilaknat oleh Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana