Hu Phang Chow putus hubungan dengan PAS, dakwa parti itu menyimpang...Anda Nampak Tak?

Anda nampak siapa yang duduk dalam sayap PAS selama ini....mereka ini adalah penyokong DAP dalam senyap senyap bukan menyokong penuh PAS selama ini.rupa rupa nya ...api dalam sekam.

SHAH ALAM: Bekas Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Hu Phang Chow mengesahkan telah memutuskan hubungan dengan parti Islam itu, atas alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Memetik Malaysiakini, Hu berkata beliau sedih dan kecewa dengan PAS, yang kini dipimpin golongan ulama, seolah-olah merosakkan parti itu sendiri setelah berjaya membuktikan boleh mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Islam sebelum ini.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu kepada portal berkenaan.

Hu adalah individu penting yang membantu menubuhkan sayap 'bongsu' parti itu pada 2004 dan mengepalainya, sebelum dipecat dan diganti oleh N Balasubramaniam.

Sebelum ini, N Balasubramaniam adalah Timbalan Pengerusi DHPP.

Hu berkata setelah menyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu 'PAS untuk semua'.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, beliau seolah berteka-teki dan memberitahu perkara itu boleh diketahui sekiranya hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana