Harapan Baru cuba ganti Pas dalam pembangkang

SHAH ALAM – Pemerhati politik melihat penubuhan Gerakan Harapan Baru yang digerakkan bekas-bekas pemimpin kanan Pas sebagai usaha untuk menggantikan Pas dalam PR.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata, atas tujuan itu, gerakan itu perlu menampilkan imej islamik tetapi progresif.

“Kalau kita lihat Harapan Baru ini tujuannya adalah nak mengganti Pas dalam PR. Jadi, sebab itu, mereka terpaksa menampilkan imej yang islamik tetapi progresif. Di mana boleh mendapat sokongan DAP dan PKR.

“Saya rasa asas tujuan penubuhan Harapan Baru ini pada akhirnya mungkin ingin menggantikan Pas dalam keahlian PR. Jadi, jika Harapan Baru didaftar sebagai parti politik yang sah, ketika itu PKR dan DAP kena buat keputusan sama ada ingin menjalin hubungan politik dengan mereka dan menyambung kembali PR itu atau tidak

“Itu yang dikatakan PR 2.0, ada kemungkinan. Cuma sejauh mana Harapan Baru boleh bersaing dengan Pas dalam menggantikan PR itu kita tak dapat lihat lagi. Kena tunggu,” katanya kepada Sinar Online.

Menyentuh soal sejarah yang jelas tertulis soal kegagalan parti-parti serpihan sebelum ini bertahan dalam politik tanah air, Dr Mohammad Fuad berkata, Harapan Baru mungkin mempunyai harapan jika mampu mengatasi ‘pembunuh’ utama.

“Jika kita lihat dari dulu, parti-parti serpihan ini tidak bertahan lama kecuali PKR. Semangat 46 (Parti Melayu Semangat 46), Kita (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air), Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) dan sebagainya semua tidak dapat bertahan lama atas pelbagai faktor termasuk kewangan, kepimpinan dan sokongan.

“Jadi, jika Harapan Baru ini boleh berjaya menyelesaikan perkara asas itu, saya kira mungkin mereka ada tempat dalam politik Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut soal kelangsungan hayat parti serpihan itu, Dr Muhammad Fuad berkata, ada sedikit kelainan yang cuba ditonjolkan Harapan Baru berbanding parti-parti serpihan Pas sebelum ini.

“(Parti serpihan Pas sebelum ini tidak ada yang bertahan) Ya, cuma, ada sedikit perbezaan. Perbezaan yang cuba diketengahkan Harapan Baru ini walaupun mereka dakwa mereka sebagai parti Islam, tapi pada masa sama, mereka lebih liberal daripada parti serpihan sebelum ini. Parti-parti serpihan Pas contohnya, Hamim masih berpegang kepada sokongan orang-orang Pas dan orang-orang Melayu itu sendiri.

“Tapi kalau kita tengok apa yang cuba diketengahkan oleh Harapan Baru walaupun mereka kata mereka pegang pada agama, tetapi dia cuba buka ruang kepada orang bukan Islam untuk turut serta dalam parti ini. Itu yang agak berbeza dengan parti-parti serpihan Pas sebelum ini. Maknanya Harapan Baru ini mahu luaskan sokongan akar umbinya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana