Guan Eng kata Pas kalah kerana sokong Najib...Cakap Boleh Lah

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membayangkan Pas bakal kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan parti itu kepada kerajaan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sokongan Pas yang sebelum ini rakan sekutu DAP dalam pakatan rakyat terhadap isu itu adalah penanda bagi parti itu untuk kalah pada pilihan raya umum. 
 
"Saya rasa bukan sahaja BN akan kalah (pilihan raya umum), parti-parti politik yang menyokong 1MDB seperti Pas pun akan kalah.    
 
"Pas memang berdiri bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan 1MDB.
 
Inilah satu petanda kepada Pas," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menutup mesyuarat perwakilan Uumno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur dilapor berkata BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika isu 1MDB berlarutan dan tidak diselesaikan dengan segera. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana