Golongan profesional sudah jangka PAS putus hubungan dengan DAP

SHAH ALAM: Rata-rata kumpulan progresif PAS tidak terkejut dengan keputusan Majlis Syura Ulamak membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata langkah yang diambil Majlis Syura Ulamak melalui mesyuaratnya malam tadi sebagai prosedur mengesahkan usul pembatalan kerjasama dua parti itu yang dibawa oleh perwakilan pada Muktamar PAS Pusat Kali ke-61 bulan lalu.

"Saya bagi pihak rakan-rakan progresif tidak ada apa-apa untuk memberi komen.

"Perkara itu sudah diketahui lama sejak Muktamar yang lalu. Jadi apa yang dilakukan oleh majlis Syura PAS itu adalah pengesahan terhadap usul itu. Pada saya hal itu tidaklah berapa mengejutkan," katanya yang dihubungi Antarapos, hari ini.

Terdahulu, PAS melalui Majlis Syura Ulamaknya secara rasmi membatalkan tahaluf siyasi bersama DAP, hasil daripada mesyuarat yang diadakan malam tadi.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan berkata kata putus itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menggesa semua pihak menuruti keputusan yang dibuat oleh badan parti itu.

Beliau juga dalam pada itu ditanya apakah kesan keputusan ini terhadap sebahagian pimpinan PAS yang masih berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Dalam hal ini, Jawatankuasa PAS Pusat kena buat keputusan bagaimana nak melaksanakan keputusan itu.

"Bagaimana nak laksanakan keputusan itu di Pulau Pinang dan Selangor. Itu adalah tugas Jawatankuasa PAS Pusat untuk menentukan keputusan berdasarkan kesesuaian keadaan," ujarnya.

Untuk rekod usul pembatalan kerjasama PAS-DAP diluluskan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-61 pada Jun lalu setelah parti itu 'ditekan' dengan serangan tanpa henti DAP berhubung perjuangan dan hasrat politik mereka.

Kecaman DAP semakin lantang apabila PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud di Kelantan, ditambah pula dengan tindakan bersendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul pembentangan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan hudud ke parlimen tanpa mendapat persetujuan DAP dan PKR.

Malah komitmen Hadi yang dilihat dingin dalam Pakatan Rakyat (PR) juga turut dijadikan modal serangan DAP terhadap PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana