GHB: Nik Abduh selar tindakan jaja nama Nik Aziz...Baru Tahu Siapa Golongan ANwarinas Ni

Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyelar tindakan sesetengah  bekas pimpinan PAS yang  menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) menggunakan nama Allahyarham bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi meraih sokongan untuk tubuh parti baru.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan sudah pasti perbuatan mereka disedari oleh ahli PAS yang lain.

"Ahli PAS tahu mereka sedang bercakap bohong, jumpa Tuan Guru di lubang kubur nanti," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Malam Ahad lalu, bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa perjuangan GHB selari dengan perjuangan Nik Aziz.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham Nik Abdul Aziz sentiasa menyokong penuh PR tetapi tidak pernah menggadaikan prinsip.

"Pada saya tidak wajar menggunakan nama tokoh yang meninggal dunia untuk menyokong pendirian kita apatah lagi pendirian tersebut untuk menghancurkan parti sendiri," katanya.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013 dalam nada sindiran kepada kumpulan G18 berkata, sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu pelaksanaan hudud.

Kelmarin, Datuk Husam Musa berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh bekas pemimpin utama PAS selari dengan pegangan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, Nik Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru.

“Pasukan baru itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Sekalipun saya adalah pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut (melampaui batas) sudah di harap menjadi kawan,” katanya dalam kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana