GHB: Kenyataan Rafizi beri kesan kepada imej sendiri, kata Iskandar

SHAH ALAM: Sokongan terbuka Rafizi Ramli kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) sebuah parti yang dibentuk pemimpin progresif PAS, akan memberi kesan kepada imej Setiausaha Agung PKR itu sendiri, demikian menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Ujar Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, parti Islam itu tidak akan terjejas dalam apa jua segi pun hasil daripada kenyataan Rafizi itu.

"Saya rasa masalah dari segi kesan kepada PAS sama ada dia hendak menyokong GHB atau tidak, saya rasa tiada kesan yang minima, hanya reputasi dia sebagai seorang pemimpin nasional bahawa dia seorang pemimpin kebangsaan, apabila dia lakukan sedemikian, dia sedikit sebanyak telah menghakiskan reputasi dia," kata Iskandar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015, sebentar tadi.

Iskandar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, sewajarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi perlu mencerminkan kredebiliti sebagai pemimpin rakyat dan tidak semata-mata atas kapasiti sebagai ahli politik.

"Saya rasa kita di dalam menjadi pemimpin politik, kita perlu jadi seorang negarawan juga, bukan hanya memikirkan politik tetapi perlu memikirkan kita sebagai pemimpin rakyat.

"Mungkin oleh kerana beliau tidak duduk di dalam mana-mana kerajaan, jadi mungkin beliau kurang faham akan perkara-perkara dari segi sensitiviti atau perjalanan pentadbiran," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR itu baru-baru ini yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap penubuhan parti baru itu sambil mengalukan iltizam GHB untuk terus berjuang menentang Umno-BN.

Menurut Rafizi, sokongan tersebut dibuat berdasarkan rekod mereka yang menyertai GHB adalah daripada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang teruji menentang Umno-Barisan Nasional (BN).

Susulan kenyataan Rafizi itu, Iskandar meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat agar bijak mengeluarkan kenyataan sehingga tidak mencemarkan imej dan reputasi sendiri.

"Saya rasa pada PAS, kita tidak akan terkesan dengan dia punya kenyataan, cuma dia punya imej kepada rakyat dan ahli PAS, kita ada sejuta ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS akan tercalarlah.

"Saya rasa semua pemimpin, tidak kira siapalah Rafizi atau siapa sahaja, perlu menjaga imej masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan tindakan pengasas bersama Kelab Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow memutuskan hubungan dengan parti itu turut tidak akan memberi kesan kepada parti itu.

"Dia bukan lagi ketua, jadi dia bukan Ketua DHPP, kita ada ketua yang lain, kita ada saf kepimpinan yang lain dan jadi bermakna itu kita serahkan kepada dialah tetapi kita ada kepimpinan yang baru," katanya.

Iskandar sebaliknya berkata pelbagai lagi aktiviti akan dirancang selepas ini untuk memperkasakan DHPP walaupun tanpa penglibatan bekas pengasasnya sudah meninggalkan kelab tersebut.

"Sebenarnya saya adalah penasihat kepada DHPP di peringkat pusat, jadi bermakna saya akan memanggil semua ketua DHPP dalam minggu hadapan dan sebenarnya kita akan buat satu perancangan baru.

"Sebelum ini di bawah penasihat lain, Datuk Tuan Ibrahim, jadi sekarang diserahkan kepada saya dan Insha-Allah kita akan bincang bukan tentang peletakan jawatan dia tetapi tentang program kita untuk perancangan dua tahun akan datang," katanya.

Kelmarin, Hu memberikan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana