Fitnah WSJ: Najib Rileks Je, PAS Pulak Yg Bertekak Sesama Sendiri

SEBAIK fitnah WSJ kononnya sejumlah USD700 Juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri mula sensasi, Timbalan Presiden PAS dilihat antara terawal memberi respon – seakan percaya dengan fitnah tersebut dengan mendesak pengisytiharan harta sekalipun tiada bukti yang diberikan sang pemfitnah.

Hanya bersandarkan kepada kenyataan yang memetik sumber entah sesiapa dan grafik yang boleh dibuat sendiri dalam Sarawak Report,  tapi Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari  baik bulan baik ini menerima fitnah tersebut seoalah-olah betullah berlaku seperti mana yang di dakwa.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia.

Begitupun bukan itu penulis berminat untuk dijadikan coretan petang-petang Ahad ni, sebaliknya respon dari Mursyidul Am PAS dalam lingkungan waktu yang hampir sama, yang mana Datuk Haron Din meminta disiasat terlebih dahulu tuduhan tersebut sebelum boleh menuduh Perdana Menteri.

Tak payah jadi ustaz pun, disini nampak bahawa Haron Din lebih matang dan bersikap seperti mana orang Islam yang sebenarnya sedangkan Tuan Ibrahim kelihatan cuba nak menyaingi orang yang digantinya dulu, Mat Sabu dengan mengutamakan populariti dari realiti.

Kalau kata perjuangan Islam, itulah (sikap Haron Din) yang sebenarnya, siasat dulu sebelum percaya tuduhan buta tuli.

Begitupun percanggahan kenyataan antara 2 pemimpin besar PAS ini menyerlahkan kelam kabutnya parti PAS, sedangkan Perdana Menteri rileks saja sebab tahu tuduhan tersebut tidak benar.

Faktanya, dimanakah logik seorang yang cukup bijak memindahkan wang berbilion ringgit melalui beberapa syarikat, kemudian bertindak bodoh dengan memasukkan semua wang tersebut dalam akaun peribadinya sendiri?

Bukan itu saja yang cacat, malah ada banyak lagi, antaranya bagaimana transaksi sebesar itu berlaku dalam jangka masa yang singkat, tidak dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), akaun dah ditutup tapi transaksi masih berlaku dan sebagainya.

Haron Din sendiri pun membangkitkan persoalan yang sama.

Penulis bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Harun Din kerana bertindak seperti muslim sejati.  Besar maknanya kenyataan ini sekalipun Perdana Menteri belum terdesak dengan fitnah tersebut sehingga nak meminta sokongan PAS.

Sikap beliau ini patut dijadikan contoh oleh pemimpin PAS yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana