Fitnah terhadap PM diatur untuk huru-harakan negara

Admin berharap kerajaan bertindak tegas kepada mereka yang menabur fitnah ini, jangan dibiarkan `cacing naik ke mata' yang akhirnya boleh menjahanam negara kita.

Fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatur secara terperinci oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan golongan berkenaan juga jelas menunjukkan sikap busuk hati mereka terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

"Setiap perdana menteri sebelum ini pernah dilanda pelbagai fitnah tetapi beliau (Najib) dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara.

"Pihak ini adalah golongan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sifat seorang manusia sejati kerana melontar tuduhan tanpa berasas yang lebih dilihat sebagai busuk hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Najib termasuk laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira US$700 juta (Rm2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

"Saya percaya Perdana Menteri seorang tabah dan bijak berdepan situasi berkenaan berdasarkan pengalaman politik yang dilaluinya selama ini dan saya juga berharap biarlah fitnah ini berhenti," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin laporan berbaur fitnah terhadap kepimpinan negara sudah pasti akan menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia serta memudaratkan ekonomi negara.

Beliau berkata laporan yang membuat dakwaan tidak berasas terhadap pemimpin negara mesti mempunyai bukti dan kesahihan dan sekiranya tidak maka ia akan memberi kesan kepada politik tanah air.

Beliau melahirkan kebimbingan dengan penyebaran laporan berbaur fitnah terhadap kepimpinan negara dengan rakyat khususnya golongan muda tidak melakukan usaha untuk menyemak kesahihan sesuatu berita tersebut.

"Golongan orang muda tidak membuat usul periksa tentang sesuatu laporan berbaur fitnah dan hanya mengajukan sahaja apa yang mereka terima dalam media sosial kepada pihak ketiga tanpa memikirkan sama ada berita yang mereka dapat itu betul atau tidak.

"Kalau tidak menilai sesuatu berita itu secara rasional, kita tidak boleh menjadi sebuah masyarakat yang matang," katanya.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata sekiranya berlaku perbuatan memfitnah pemimpin negara, pelabur asing akan rasa kurang yakin dengan Malaysia akibat berita-berita yang tidak tahu kesahihannya.

"Jadi, saya rasa kita mesti bertindak cepat di mana kalau sekiranya tuduhan itu dibuat, kita minta supaya dikemukakan bukti.

"Kalau tidak, kita tidak ada pilihan lain, kita terpaksa saman terhadap pihak-pihak yang berkenaan supaya masyarakat umum tahu kita tidak akan toleransi sebarang usaha untuk memfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan dan juga kepimpinan negara kita," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana