DR HARUN DIN BERKATA.......HARAM MAKAN DUIT HASIL KHIANAT!!!

Wakil Rakyat PAS yang mendukung perjuangan Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu haram menikmati gaji dan elaun masing - masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Kenyataan mengenai fatwa itu adalah menurut Mursyidul Am PAS yang turut menegaskan kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.
 "Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

 "Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.

Jelasnya, akuan sumpah tersebut telah pun diguna pakai sejak tahun 2004 lagi kepada mana - mana wakil rakyat PAS Kelantan yang mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

 "Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana