Dosa mereka Buat ini seperti tiada lagi.....Terlalu Banyak Perkara Mengarut Di Media Sosial - Najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat 'supaya tidak terlalu mempercayai' laporan dan bahan-bahan yang dibaca di media sosial.

Beliau berkata 'terlalu banyak perkara mengarut di media sosial' dan orang ramai perlu mengabaikannya.

"Jangan dengar langsung. Tidak semuanya benar," kata Najib kepada jemaah di sebuah masjid di Taman Melati sebelum majlis berbuka puasa bersama penduduk di kawasan itu.

Merujuk kepada siasatan yang sedang dijalankan terhadap 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB), Najib berkata kebenaran pasti akan muncul akhirnya.

Katanya, mengenai dakwaan bilion ringgit yang dikatakan lesap dalam 1MDB, orang ramai perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara untuk mengetahui kebenarannya.

Najib berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Malah, beliau menegaskan laporan penuh Ketua Audit Negara akan menjawab segala dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan dana 1MDB.

Pada Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pasukan petugas khas yang dianggotai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Terdahulu, Najib mengumumkan beberapa berita gembira yang bakal dinikmati oleh penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya kerajaan akan membina 11 buah tempat letak kereta bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM290 juta di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, katanya, kerajaan dengan kerjasama swasta menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) membina Rumah Gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling yang akan siap tidak lama lagi.

Najib berkata beliau akan meninjau sendiri projek bernilai RM17 juta itu yang akan menawarkan kemudahan tempat tinggal selesa kepada golongan gelandangan di ibu negara.

Perdana menteri kerajaan juga bersetuju untuk menjual rumah pangsa Sri Tioman, di Taman Melati kepada penyewa yang telah menghuni sejak 20 tahun lepas pada harga yang berkemampuan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja keperluan untuk rakyat jelata kerana kita mahu jaga hati rakyat dan rakyat pasti akan jaga hati kita apabila sampai masanya," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 2,000 daripada 8,500 golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai.

Najib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga ibu kota.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana