Ditamatkan Tugas, Gani Patail 'Tiada Komen'

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan tentang penamatan tugasnya sebagai Peguam Negara.

"Saya tidak akan bercakap (komen), okay. Bye," katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa sebelum memutuskan talian telefon.

Pada Selasa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tugas Gani Patail sebagai Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa Selasa atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan beliau berkuat kuasa serta merta.

Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana