Dewan Ulama Pas sokong Haron Din...Jika Berpisah Dengan PKR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dewan Ulama Pas menyokong pendirian tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din bahawa Pas bersedia berpisah dengan PKR jika sekutunya itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, pendirian tegas itu bertepatan dalam isu yang melibatkan hubu­ngan antara parti-parti pembangkang.
“Kalau itu apa yang dikatakan oleh ketua saya (Haron), maka kami patuh, pendirian tegas itu bertepatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan baru-baru ini membayangkan tentang penubuhan pakatan pembangkang baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan GHB.

Semalam, Haron berkata, pendirian PKR tentang penubuhan pakatan pembangkang baharu itu menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan Pas.
Sementara itu, dalam satu ken­yataan melalui laman Facebook Dewan Ulama Pas, Mahfodz berkata, beliau terkilan kerana masih ada suara dalam kalangan ahli Pas yang mempertikaikan kepemimpinan baharu Pas tanpa berdasarkan asas dan alasan yang kukuh.

Beliau memberitahu, kejayaan Pas untuk kekal kukuh walaupun terpaksa berdepan pelbagai ujian dan rintangan sejak penubuhannya pada tahun 1951 adalah berikutan matlamatnya bagi mewujudkan masyarakat yang mengamalkan segala ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Menurut Mahfodz, perjuangan Pas adalah untuk menegakkan agama Islam bagi mencari keredaan Allah dan berbeza dengan perjua­ngan pihak lain yang berasaskan ideologi-ideologi berteraskan akal ciptaan manusia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana