DAP sedia hadapi Pas di mahkamah...

GEORGETOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersedia menghadapi tindakan undang-undang daripada kepimpinan Pas berikutan pemecatan wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Keputusan Pas untuk saman kerajaan negeri bukan satu perkara yang menghairankan dan kami bersedia menghadapi mana-mana pihak di mahkamah," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof dalam kenyataannya semalam berkata Pas akan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri berhubung isu pemecatan wakil parti itu dalam pentadbiran negeri.

Bulan lepas, kerajaan negeri memecat Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi daripada jawatan Pegawai Penerangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri serta wakil-wakil Pas dalam dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pemecatan itu berikutan keputusan Muktamar Pas baru-baru ini meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP yang sebelum itu telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ketegasannya mahukan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud di Kelantan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana