DAP rakus jayakan agenda 'chauvinis', mula tarik ahli Melayu

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyifatkan DAP kini semakin rakus menjayakan agenda 'chauvinis' atau kesetiaan ekstrim terhadap suatu pihak di kalangan masyarakat cina yang dilihat seakan-akan mahu membentuk 'Singapura Kedua' di Malaysia.

Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas kelihatan apabila menolak PAS sebagai kesatuan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Semua sekarang ini mula berfikir perpecahan ini sedang dituai hasil dengan rakus oleh DAP, mereka yang angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda chauvinis untuk menguasai negera agar cita cita sebuah lagi Singapura segera dicapai", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah langkah agresif DAP dalam menarik ahli bukan Melayu dalam menyertai parti berkenaan turut dipersoalkan beliau.

"DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka sedang ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka pun ada calon yang layak untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

"Tentu sekali Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin", ujar Ahmad Amzad.

Kemelut yang mencengkam PR semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.

Semuanya bermula apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahasa usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia ekoran tindakan DAP yang bertindak mengistiharkan 'perang senyap' dengan memutuskan hubungan parti berkenaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatkala PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana