DAP, PKR Ajak MP, NGO Hadir Mesyuarat Tergempar Selasa Ini

PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tergempar di Parlimen untuk mengukur keyakinan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua Ahli Parlimen (MP) termasuk wakil Barisan Nasional serta badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri majlis pada Selasa itu.

Beliau berkata, pada mesyuarat itu, akan dibincangkan tindakan seterusnya yang perlu diambil susulan pendedahan laporan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran dana mencecah AS$700 juta (RM2.7 bilion) ke akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri.

"Ada asas kepada dakwaan serius yang dibuat WSJ, terutama apabila Peguam Negara mengesahkan meneliti dokumen serta menyerbu tiga premis yang dikatakan terbabit," katanya menerusi kenyataan di sini, Ahad.

Kata Dr Wan Azizah, walaupun laporan lengkap daripada semua agensi kerajaan belum siap sepenuhnya, rakyat perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, MP progresif dan NGO akan dijemput menghadiri mesyuarat itu.

Beliau mendakwa, pengesahan Peguam Negara berhubung dokumen berkaitan telah mengubah tafsiran berhubung dakwaan terhadap Najib.

"Dengan pengesahan Peguam Negara, tuduhan WSJ terhadap Najib kini semakin serius dan penting sebagai krisis kerajaan serta politik yang paling mendapat perhatian sejak 58 tahun negara merdeka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana