Dakwaan Skandal Semata-Mata Tidak Pernah Menjatuhkan PM Malaysia Sebelum Ini

Sekembalinya saya selepas keluar pada tengahari tadi dan wow, saya terima banyak mesej peribadi melalui FB bertanyakan pendapat saya mengenai pembekuan enam akaun yang didakwa milik PM Najib oleh jawatankuasa siasatan dan juga apa yang akan berlaku kepada beliau.

Okey, saya ada mengikuti perkembangan kisah ini tetapi kini saya baru ada masa untuk memahami dokumen yang didedahkan dengan lebih lanjut dan lebih memahami perkembangan kisah itu pada hari ini.

Ini adalah komen saya:

1) Adakah anda pasti dokumen WSJ telah disahkan kesahihannya oleh pihak berkuasa? Tiada siapa beri kenyataan yang mengesahkan dokumen WSJ itu adalah tulen dan sah.

Jangan lupa, dokumen itu dikatakan diterima dari sumber yang tidak dikenal pasti.

2) Dokumen WSJ menyatakan ketiga-tiga akaun yang didakwa di bawah nama PM Najib tidak dikawal oleh PM sendiri tetapi oleh Nik Faisal melalui surat kuasa wakil. Mengapa PM membenarkan orang lain mengawal akaun beliau yang didakwa bernilai berbilion-bilion? hmmm…

3) Bagi UMNO, Presiden dibenarkan memegang dana parti di bawah namanya sendiri (pemegang amanah) – satu amalan yang diamalkan sejak zaman Tun M.Dipercayai sebelum ini UMNO kaya dan memiliki, melalui proksi, banyak syarikat-syarikat seperti Fleet Group, Renong, UEM, Media Prima, kumpulan Peremba, Utusan, KUB dan lain-lain. Ke mana perginya semua wang ini?

4) Wang yang didakwa dipindahkan dari SRC International yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan adalah bagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Oleh itu, jika ahli lembaga SRC International memberi kebenaran untuk memperuntukkan dana bagi tujuan CSR, jadi memberi wang kepada Ihsan Perdana bukanlah satu kesalahan.

Banyak syarikat MOF lain seperti Khazanah, Petronas, 1MDB juga melaksanakan CSR. Jumlah CSR dilaksanakan oleh SRC nampak tepat 1 peratus (RM40m) daripada dana RM4 bilion mereka – satu jumlah yang munasabah.

Walaupun Ihsan Perdana telah menafikan minggu lepas bahawa dana itu telah dipindahkan ke akaun PM atau kepada mana-mana individu, meskipun jika dana Ihsan Perdana itu akhirnya dipindahkan kepada akaun di bawah nama PM (yang dikawal oleh orang lain), adalah penting untuk mengetahui sama ada dana ini telah diberi atau dibelanjakan untuk aktiviti CSR sebenar.

5) Dakwaan sumber US$700 juta (RM2.6 bilion) masih tidak diketahui dan tidak didedahkan oleh dokumen WSJ. Sarawak Report dan WSJ membayangkan dana ini diterima daripada bon US$3 bilion milik 1MDB-GIL yang diperolehi pada Mei 2013.

Bagaimanapun, setakat ini PAC atau dua pengaudit antarabangsa bebas mendapati tiada bukti atau keraguan bahawa dana GIL telah hilang.

Ahli PKR sendiri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang juga ahli PAC mendapati cerita WSJ sukar dipercayai dan berkata, “PAC tidak menerima sebarang laporan mengenai jejak wang 1MDB yang melibatkan jumlah wang yang besar.”

Tujuan utama dana GIL ini sepatutnya disalurkan kepada usahasama ADMIC dengan Aabar. Dana ini juga telah dirancang untuk dimasukkan ke dalam pertukaran aset bernilai US$4.5 bilion antara IPIC milik kerajaan Abu Dhabi dan 1MDB yang akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan sebanyak RM16 bilion.

IPIC telah mengumumkan perkara ini kepada Bursa Saham London beberapa minggu lepas. 6) Penggunaan dan ke mana perginya dana RM2.6 bilion yang didakwa masih tidak diketahui. Adakah ia dibelanjakan untuk pertubuhan, Yayasan, CSR dan aktiviti pilihan raya atau adakah baki (dan berapa banyak jumlahnya) kemudiannya dipulangkan semula ke akaun UMNO yang lain?

Namun satu perkara yang jelas, akaun-akaun ini juga dikawal di bawah kuasa wakil oleh pihak lain juga – bukan semata-mata di bawah PM Najib.

Sudah tentu, masih ramai yang terfikir adalah sangat tidak logik sekiranya PM mahu menggelapkan wang itu, beliau akan membawa wang yang pada asalnya sudah selamat dalam akaun luar negara, kembali ke Malaysia dan dimasukkan ke dalam akaun di bawah namanya sendiri.

7) Penggantungan akaun adalah perkara biasa dalam mana-mana siasatan. Jika tiada penggantungan, bagaimana untuk menyiasat? Penggantungan semata-mata tidak bermakna pemegang sesuatu akaun bank bersalah sama sekali.

Malah, ia kini jelas bahawa di bawah PM Najib, semua tuduhan yang adil dan terbuka disiasat, bukannya diabaikan seperti mana yang dilakukan PM yang pernah berkuasa selama 22 tahun yang mana beliau tidak pernah disiasat walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya.

6) Adakah anda pasti keenam-enam yang akaun digantung adalah milik Najib? Tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai perkara ini walaupun Malaysiakini melaporkannya. Saya dengar kisah sebaliknya.

Malah, WSJ kini menyatakan akaun yang digantung mungkin bukan akaun Najib. Jadi, akaun siapa yang digantung? Memetik sumber, WSJ berkata akaun bank yang dibekukan dalam siasatan 1MDB-Najib adalah berbeza daripada laporan mereka.

Kedudukan PM.Najib.

Mengenai soalan sama ada PM Najib boleh terus berkuasa walaupun beliau masih belum didapati bersalah atas sebarang dakwaan? Jangan pandang rendah pada beliau. Perjalanannya masih jauh dari pengakhiran.

Dengan detik PRU14 masih jauh lagi dan pemilihan parti UMNO ditangguhkan sehingga selepas PRU14, hanya ada tiga cara yang boleh menyingkirkan Najib sebagai PM iaitu:

1) Dua pertiga daripada Majlis Tertinggi UMNO mendesak supaya mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan untuk menyingkirkan Presiden.

Ini tidak mungkin kerana lebih daripada 2/3 ahli UMNO masih bersama PM Najib dan terus menyokong beliau sebagai presiden parti dan PM.

Malah, ramai ahli UMNO kini marah dengan Tun M kerana mengganggu dan cuba untuk mendedahkan jentera pembiayaan BN dan juga, pada pendapat mereka, mencederakan kepentingan UMNO-BN dengan (kononnya) bekerjasama dengan musuh dalaman (seperti ANAK Felda/PAS) dan musuh-musuh luar seperti WSJ, NYT dan Sarawak Report.

2) Undi tidak percaya di Parlimen atau pemecatan. Jika siasatan ke atas 1MDB dan aliran wang mendapati Najib tidak bersalah dan beliau bertindak menerkam musuhnya melalui saman dan menang, Najib akan muncul lebih kuat berbanding sebelum ini. Kita akan lihat.

Tiga tahun adalah tempoh yang lama sebelum PRU14. Masihkah anda ingat semasa 1987 apabila UMNO berpecah kepada pasukan A melawan Pasukan B dan pilihan raya bakal berlangsung dua tahun kemudian, ramai orang fikir BN akan kalah?

Akhirnya BN menang pada tahun 1999 dengan majoriti 2/3. Malah semasa PRU13 pada tahun 2014, 52% daripada rakyat (dan ramai daripada 47%) benar-benar yakin bahawa BN akan kalah. Tetapi keputusan akhirnya berbeza! BN akhirnya memenangi 133 kerusi melawan 89 kerusi. Dan dengan keadaan Pakatan yang sudah mati atau lemah atau pengsan, disertai dengan peningkatan mutu hubungan UMNO dengan PAS hanya akan membantu mengukuhkan UMNO dan BN.

Kebetulan pula The Malaysian Insider hari ini membayangkan kecenderungan pembangkang untuk membinasakan diri telah membantu Najib untuk terus berkuasa dan mungkin terus membantu beliau kekal berkuasa pada PRU14.

Oleh itu, permainan baru sahaja bermula. Pada masa ini, PM Najib nampaknya langsung tidak berdepan bahaya yang membolehkan dirinya disingkirkan dengan serta-merta.

Tidak mungkin kerana PM mungkin akan mengancam untuk melakukan pembubaran segera parlimen yang akan menakutkan Ahli Parlimen BN.

Oleh itu, 134 Ahli Parlimen BN akan mengundi “Tidak” di Parlimen untuk usul ini kerana mereka mahu terus kekal berkuasa berbanding berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya sekarang.

Memandangkan DAP mahukan pilihan raya diadakan sekarang, Ahli Parlimen BN akan terus menentang langkah ini dan tidak akan memenuhi kemahuan DAP.

3) TPM berunding dengan YDP Agong bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) untuk mengesyorkan penggantungan atau pemecatan Najib.

Langkah ini paling berkemungkinan. SEKIRANYA AG mendapati terdapat kes yang kukuh untuk mendakwa Najib DAN; TPM mahu mengambil langkah ini dan dia percaya dia mempunyai sokongan mencukupi daripada ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk berbuat demikian.

Jika dia tidak mempunyai apa-apa sokongan, Majlis Tertinggi mungkin akan menyingkirkan Muhyiddin dan mengangkat Zahid Hamidi yang lebih popular.

Dakwaan skandal semata-mata tidak pernah menjatuhkan PM Malaysia sebelum ini.

Sistem `gagal selamat’ yang diperkenalkan oleh Tun M selama 22 tahun pemerintahannya terlalu berkesan. Terima kasih banyak, Tun.

Jika siasatan ke atas 1MDB dan aliran wang mendapati Najib tidak bersalah dan beliau bertindak menerkam musuhnya melalui saman dan menang, Najib akan muncul lebih kuat berbanding sebelum ini.

Kita akan lihat. Tiga tahun adalah tempoh yang lama sebelum PRU14. Masihkah anda ingat semasa 1987 apabila UMNO berpecah kepada pasukan A melawan Pasukan B dan pilihan raya bakal berlangsung dua tahun kemudian, ramai orang fikir BN akan kalah?

Akhirnya BN menang pada tahun 1999 dengan majoriti 2/3. Malah semasa PRU13 pada tahun 2014, 52% daripada rakyat (dan ramai daripada 47%) benar-benar yakin bahawa BN akan kalah.

Tetapi keputusan akhirnya berbeza! BN akhirnya memenangi 133 kerusi melawan 89 kerusi. Dan dengan keadaan Pakatan yang sudah mati atau lemah atau pengsan, disertai dengan peningkatan mutu hubungan UMNO dengan PAS hanya akan membantu mengukuhkan UMNO dan BN.

Kebetulan pula The Malaysian Insider hari ini membayangkan kecenderungan pembangkang untuk membinasakan diri telah membantu Najib untuk terus berkuasa dan mungkin terus membantu beliau kekal berkuasa pada PRU14. Oleh itu, permainan baru sahaja bermula.

Pada masa ini, PM Najib nampaknya langsung tidak berdepan bahaya yang membolehkan dirinya disingkirkan dengan serta-merta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana