Dakwa pengkhianat bocor maklumat negara ke pihak asing...Jangan Bagi Muka Sangat Kepada Yang Buat KEsalahan Tu

Pihak berkuasa digesa supaya mencari dan mendakwa individu yang membocorkan maklumat sulit berkaitan pemindahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gesaan itu dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak.

Menerusi kenyataan pada Khamis, Pengerusinya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata perkara itu perlu dilakukan segera oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia(PDRM)dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perbuatan membocorkan maklumat seumpama itu adalah amat serius, tambahan pula ia disalurkan ke luar negara khususnya kepada The Wall Street Journal (WSJ) dan portal berita Sarawak Report yang berpangkalan di London.

“Niatnya tidak lain iaitu mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi,” katanya.

The Wall Street Journal dan Sarawak Report telah menerbitkan artikel minggu lepas yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dalam dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lantaran itu, Najib telah menafikan dakwaan tersebut sebagai sabotaj politik dan rancangan untuk menjatuhkan perdana menteri yang dipiih secara demokrasi. Beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada pegawai Pejabat Peguam Negara, BNM, PDRM dan SPRM sedang menyiasat dakwaan tersebut dan telah mengarahkan pembekuan enam akaun bank.

Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, BNM, PDRM dan SPRM perlu membekalkan maklumat secukupnya kepada Peguam Negara supaya individu terbabit boleh didakwa secepat mungkin.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan itu kerana pendedahan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana