Cacamarba…disebalik pendedahan akaun bank Rosmah

Dalam keadaan sekarang nampaknya sudah tiada ada pekara yang mengejutkan lagi.Apa yang dikatakan satu pendedahan sudah menjadi mainan harian.
Ini mengambil kira laporan terbaru Sarawak Report mengenai akaun bank peribadi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Affin Bank.

Caramarba…itu ayat yang paling sesuai digunakan pada sistem perbankan negara sekarang melihat bagaimana satu ke satu akaun bank diselongkar dan didedahkan kepada umum seolah negara ini tidak ada peraturan.

Akta Perbankan khususnya Bafia mengenai kerahsiaan maklumat peribadi pemegang akaun sudah masuk longkang jika keadaan begini berterusan.

Yang jelas susah untuk menolak andaian memang ada usaha terancang pihak tertentu untuk lanyak habis-habisan Perdana Menteri dan keluarganya dicelah-celah tumpuan perhatian orangramai pada isu 1MDB sekarang.

Kalau tidak bagaimana seorang pengarang Mat saleh yang kendali Sarawak Report dan juga Wall Street Journal yang berpengkalan di luar negara boleh dapat segala maklumat ini jika tidak ada rangkaian tersusun dalam negeri yang menjadi tok dalang selongkar itu ini.

Ramai yang bertanya apa tujuan Sarawak Report mendedahkan akaun bank Rosmah yang didakwa ada wang RM2 juta masuk antara 10 Februari dan 23 April tahun ini?

Senang cakap bila sebut wang berjuta…ramai yang awal-awal lompat buat kesimpulan yang macam-macam.

Bila teringat tentang dakwaan berjuta-juta ringgit wang 1MDB lesap kita sudah boleh agak kesimpulan apa yang dibuat.

Atas sebab itu peguam yang mewakili isteri Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan Jumaat malam kata laporan Sarawak report itu satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan cubaan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai isteri Perdana Menteri.

Katanya laporan tersebut sememangnya berniat buruk, mengancam dan salah serta bertujuan untuk menyerang anak guamnya.

Kalau ingat nak kaitkan dakwaan pasal akaun bank Rosmah itu pada 1MBD ,ini jawapan Peguam Noorhajran Mohd Noor.

“Anak guam saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau penyelewengan dana serta menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan dana 1MDB,”katanya.

Peguam itu menjelaskan akaun bank yang dirujuk dalam laporan Sarawak Report itu adalah akaun peribadi Rosmah yang telah dibuka pada tahun 1984.

Katanya ketika itu Rosmah berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd).

Perwira Habib Bank Bhd (yang sebelum ini digunakan oleh Affin Bank Berhad) terletak dalam bangunan yang sama iaitu Wisma Equatorial di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kenyataan peguam tersebut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan di bawah Akta SKMM 1998 (Akta 588) jika kandungan pendedahan Sarawak Report terbukti berniat jahat dan melanggar undang-undang Malaysia.

Peguam itu juga mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut.

Ini,katanya memandang profil kliennya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sementara itu pendedahan Sarawak Repot mengenai akaun bank Rosmah itu tidak mengejutkan Pasukan Petugas Khas yang kini sedang giat menyiasat mengenai 1MDB.

Satu kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed kata perkara itu sememangnya sudah diketahui mereka.

"Perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh Pasukan Petugas Khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana