Bukit Bintang seperti biasa…namun di Low Yat sepi

Mereka yang sudah biasa ke Plaza Low Yat tentu terasa ‘lain macam’ jika ke situ sejak ia dibuka pagi Isnin setelah sekali lagi melalui kekecohan semalam.

Ia memang berbeza dari kebiasaan yang sentiasa sibuk dengan orang ramai sepanjang hari.

Ketika laporan ini ditulis 2.45 petang kebanyakan dari kedai dalam plaza itu tidak dibuka.

Suasana dalamnya juga agak lengang.Tidak ramai pelanggan mundar mandir seperti kebiasaan.

Mungkin kisah kekecohan Sabtu dan Ahad malam di plaza pusat jualan IT yang popular itu membuatkan ramai yang ragu-ragu hendak ke situ.

Kebanyakan peniaga pula khabarnya mengambil sikap hati-hati tidak buka kedai sekalipun pihak pengurusan minta mereka buka seperti biasa.

Beberapa orang pekerja di kedai-kedai yang dibuka mengakui mereka terpaksa datang juga kerja atas arahan bos masing-masing.

Namun kata mereka ekoran kekecohan yang berlaku memang terasa bimbang.

Mereka menduga jika tidak ada kekecohan baru ia mungkin ambil masa dua tiga hari sebelum suasana perniagaan di plaza itu pulih seperti sedia kala.

Apapun tinjauan di sekitar Bukit Bintang secara keseluruhan dapati suasana sibuk seperti biasa.

Orang ramai,kenderaan lalu lalang serta kedai dibuka seperti hari-hari biasa.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Tajudin Mat Isa dalam sidang akhbar Isnin memberi jaminan kawasan Bukit Bintang dan Low Yat adalah selamat.

Katanya anggota polis akan terus berkawal sekitar kawasan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana