Bukan Kita Tak Tahu Biadapnya DAP Ni....Kenyataan DAP biadap – MB Perak

Lumut – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan pemimpin DAP Perak berkaitan syarat ditetapkan panggung wayang di Seri Iskandar sebagai gambaran sikap tidak bertanggungjawab mereka dalam mengendali isu sensitif.

Beliau menyifatkan tindakan DAP mengeluarkan kenyataan biadab tanpa melakukan soal selidik dan mendapatkan maklum balas pihak pengurusan panggung wayang berkaitan perkara itu dilakukan demi kepentingan politik.

“Saya telah sebutkan bahawa hal yang sedemikian hendaklah diatasi dengan mendapat maklum balas terlebih dahulu, khususnya isu sensitif, berkaitan soal agama dan kaum yang kita tahu boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Kenyataan biadab yang dikeluarkan itu boleh menghiris perasaan umat Islam yang lain. Sekadar nak menjadi jaguh untuk mendapat keuntungan politik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal muncul, tidak menggambarkan ahli politik yang baik,” katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Seri Manjung hari ini.

Isu berkenaan muncul selepas pihak pengurusan pawagam berkenaan menetapkan pasangan yang duduk di kerusi berkembar untuk menonton wayang perlu menunjukkan sijil nikah sebagai bukti mereka adalah suami isteri.

Zambry berkata beliau telah mendapatkan maklum balas Majlis Daerah Perak Tengah berhubung perkara itu dan dimaklumkan perbincangan berhubung syarat itu telah diadakan ketika pawagam ini hendak diwujudkan beberapa tahun yang lalu di kawasan Parlimen Parit dan Perak Tengah yang melibatkan 90 peratus kaum Melayu.

“Jadi sudah tentu sebarang aktiviti yang hendak dilakukan hendaklah merujuk komposisi kaum di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata sebarang persoalan berhubung isu itu sepatutnya dibawa berbincang bagi menjaga keharmonian masyarakat, terutama yang membabitkan isu perkauman dan agama.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, menerusi akaun Facebooknya mempertikai syarat yang dikenakan ke atas pasangan yang duduk di kerusi berkembar untuk menonton wayang di pawagam itu sambil menyifatkannya sebagai ‘penyakit kerajaan BN (Barisan Nasional) Perak’.

Bantahan berhubung perkara itu turut disokong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri Lee Chuan How dalam sidang media Khamis lepas, lapor Bernama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana