Buat Baik Berpuluh Ribu....Ada Kesilapan Sikit Terus Dikatakan Penipu dan Pembohong.... Jasa Najib Jangan Dilupakan

HARI ini genap setahun kejadian malang yang menimpa pesawat MAS, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian di timur Ukraine itu, 298 orang penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah bergolak tersebut.

Maka hari ni, diadakan satu upacara memperingati mereka yang terkorban dalam kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Bagaimanapun, dalam bersedih dan mengenang mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut, penulis suka nak mengingatkan semua pihak akan peranan besar yang dimainkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang dimaksudkan, ia adalah usaha Najib yang akhirnya menyaksikan pihak pemberontak yang menguasai wilayah dimana pesawat itu jatuh, membenarkan semua mayat mangsa terkorban, dibawa keluar untuk dibuat proses pengecaman dan seterusnya dibawa balik ke negara masing-masing untuk dikebumikan.

Penulis masih ingat ketika itu, Perdana Menteri sedang menghadiri program berbuka puasa bersama media di Angkasapuri, meninggalkan juadah yang enak-enak kerana mendapat panggilan dari ketua pemberontak, Alexander Borodai memaklumkan persetujuan untuk membenarkan semua mayat tersebut dibawa keluar dan disempurnakan seadanya.

Besar jasanya ni.  Berunding dengan pemberontak Ukraine bukan benda mudah.

Presiden Russia, Vladimir Putin pun tidak boleh melakukan perkara tersebut tapi Najib boleh.  Ini satu pencapaian sepanjang zaman yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 5 Perdana Menteri sebelum beliau.

Termasuk seorang yang berkuasa selama 22 tahun. Kalau tak sama kesnya sekalipun, sipi, nyaris yang macam itupun tidak ada.  Ceritanya disitu, keupayaan diplomasi diperingkat antarabangsa, Najib ada, itu orang tua adakah?

Mungkin kalau Najib tidak masuk campur, mayat-mayat itu akan berada lebih lama di Ukraine, mungkin sehingga sekarang pun tak keluar lagi. Wall Strait Journal yang konon berpengaruh seluruh dunia itu pun tak boleh bantu, tapi Najib boleh

Justeru, jika tidak ada siapa nak mengingat akan kejayaan ini dan Perdana Menteri pun penulis yakin tidak mahu jasanya itu diperbesarkan, penulis minta kita semua menghargailah sumbangan besar beliau dalam ini.

Penulis memberi tabik hormat kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, you’re the best Sir!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana