Bila Khalid Samad dan Mujahid nak keluar PAS?Akhirnya Dipecat Jua....

Saya selalu ditanya soalan kenapa G18 dan PASMA yang lantang kritik PAS dan mencanang nak tubuh parti baru tak keluar PAS. Katanya lagi keluar PASlah baru nampak 'gentleman'.
Saya kata mereka ini takut makan sumpah, mereka masih ada kepercayai bahawa PAS adalah Jamaah Islam tetapi nafsu mereka sahaja yang lebih besar daripada akal. Macam syaitan yang tahu akan kebenaran pasal dia boleh berdiolog dengan Allah tetapi takaburnya tinggi maka dia termasuk dalam golongan kafir.

Mereka ini tahu mereka ada baiah dengan Jamaah Islam PAS.

Dulu heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Baiah calon PAS dalam pilihan raya umum  tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh setiausaha agung PAS masa itu Datuk Mustafa Ali November 2009 lalu.

Cikgu Pa berkata baiah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi)

Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.

Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Saya rasa pembaca dah faham. Mujahid dan Khalid Samad masih sayang bini daripada parti baru Islam Progresif. Takkan dia ni bodoh.

Mereka sekarang sedang berusaha agar PAS pecat mereka, supaya baiah mereka TERBATAL. Itu sebab saban hari mereka ini menyalak (maaf guna bahasa binatang), merobek dan mengais PAS di media.

Biarlah dia sekarang ini sedang bersedih tak sangka bahawa ahli akar umbi boleh tolak mereka walaupun mereka telah lama dinaikkan jadi pemimpin PAS. Sekurangnya masa kepada mereka 'nak meroyan' dan bila dah tenang nanti mereka ini sedar akan balik dan muhasabah diri. Kita pun ahli akar umbi masih sayang mereka.

Bak kata Presiden PAS, anak yang merajuk lari daripada rumah, bila dah lama dan bosan makan diluar nanti dia akan balik. Bila dia balik nanti jangan di rotan pula. Biarkan dia akan MALU PADA DIRI SENDIRI atas perbuatan bodohnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana