Biar Mat Sabu dan rakan terjun dengan labu ego mereka

Apa maknanya apabila Mat Sabu mengatakan bahawa PAS sudah tidak relevan dalam landskap politik Malaysia jika tidak bermaksud bahawa parti itu sudah tidak boleh diterima oleh pengundi Malaysia.

Soalnya, benarkah begitu?

Apa pula maknanya apabila Mat Sabu dan kawan-kawannya dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) mengatakan bahawa PAS sudah tidak boleh diselamatkan lagi sehingga mendorong mereka mengasaskan parti Islam baru?

Sudah tentu maksud mereka ialah pemimpin-pemimpin PAS sedia ada tidak tahu bagaimana mahu memimpin dan menggerakkan sebuah jemaah Islam bagi membela kepentingan rakyat negara ini.

Soalnya, benarkah begitu?

Apa maknanya pula apabila Mat Sabu dan rakan-rakannya yang hingga 4 Jun lalu bersungguh-sungguh mahu menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin PAS tetapi gagal dan tiba-tiba kini mengumumkan PAS tidak relevan dan tidak dapat diselamatkan lagi?

Tidakkah itu bermakna bahawa Mat Sabu dan rakan-rakannya itu sebenarnya ingin mengatakan bahawa perwakilan PAS dalam muktamar lalu kurang cerdik dan tidak tahu membaca aliran dan trend politik?

Benarkah ahli dan pemimpin PAS kini 'dangkal politik'

Sewajarnya para perwakilan mengundi Mat Sabu dan rakan-rakannya sebagai pemimpin PAS. Namun bagi Mat Sabu dan kawan-kawannya ibarat satu tragedi, para perwakilan kurang ilmu dan kemahiran untuk memahami politik semasa dan silap membuat perhitungan.

Akibatnya kini, PAS ‘dihukum’ tidak relevan dan Mat Sabu serta kawan-kawannya perlu meninggalkan bahtera PAS dan merintis jalan politik mereka sendiri kerana tidak boleh bekerja dengan pemimpin-pemimpin ‘dangkal’ politik.

Dalam perkataan lain, Mat Sabu dan kawan-kawannya cuba hendak membuat dakwaan bahawa hanya mereka sahaja yang layak dan berhak untuk menjadikan PAS terus relevan dan boleh diselamatkan.

Soalnya, benarkah begitu?

PAS kini cuba digambarkan sebagai sebuah parti yang gersang dan mandul idea bagaimana mahu memimpin umat.

PAS juga juga cuba dilukiskan oleh Mat Sabu dan kawan-kawannya sebagai tiada berpedoman hingga tidak mengerti maksud inklusif dalam berpolitik dan ‘tidak kira bulu’ dalam berdakwah.

Soalnya, benarkah begitu?

Hakikatnya, PAS belum mahu melatah bila diejek dan dikritik begitu. Ini kerana PAS masih berpandukan al Quran dan hadis. PAS menahan marah kerana manusia paling kuat ialah insan yang mampu mengawal amarahnya.

PAS meletakkan Mat Sabu dan kawan-kawannya sebagai ‘orang kecewa’ kerana setelah menggunakan kemahiran, ilmu serta kebijaksanaan mereka sebagai profesional yang sudah digilap untuk menjadi ulama, masih gagal meyakinkan ahli-ahli akar umbi PAS mereka adalah pemimpin terbaik untuk masa depan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana