Betul ke tidak berbillion wang 1MDB lesap…tunggu laporan Ketua Audit Negara - PM

Tunggu dan dengar laporan Ketua Audit Negara samaada betul atau tidak.Itu kata Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis malam mengenai dakwaan kononnya berbillion ringgit dana milik 1MDB lesap.

Berucap di majlis berbuka puasa di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati,Kuala Lumpur Perdana Menteri kata beliau tidak akan umumkan hal itu sendiri.

“Kita tunggu beliau umum,”katanya rujuk kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang.

beliau sekali lagi ulangi kata-katanya kebenaran akan muncul diakhirnya nanti.

Serentak dengan itu Najib meminta rakyat tidak terlalu percaya dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan keluarganya di media sosial.
“Jangan dengar yang mengarut…sekarang terlalu banyak mengarut di media sosial.

Ketua Audit Negara hari ini membentangkan laporan awal audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) manakala laporan lengkap dijangka hujung tahun ini.

Terdahulu, Najib mengumumkan beberapa berita gembira yang bakal dinikmati oleh penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya kerajaan akan membina 11 buah tempat letak kereta bertingkat di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai RM290 juta di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, katanya, kerajaan dengan kerjasama swasta menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) membina Rumah Gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling yang akan siap tidak lama lagi.

Najib berkata beliau akan meninjau sendiri projek bernilai RM17 juta itu yang akan menawarkan kemudahan tempat tinggal selesa kepada golongan gelandangan di ibu negara.

Perdana menteri kerajaan juga bersetuju untuk menjual rumah pangsa Sri Tioman, di Taman Melati kepada penyewa yang telah menghuni sejak 20 tahun lepas pada harga yang berkemampuan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja keperluan untuk rakyat jelata kerana kita mahu jaga hati rakyat dan rakyat pasti akan jaga hati kita apabila sampai masanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana