Berita Mengejutkan Buat Golongan Ulama PAS

Sokongan secara terbuka kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru mencurah-curah ekoran pelancarannya Isnin lepas, termasuk daripada individu dan juga pertubuhan.Kebanyakan mereka menzahirkan sokongan ini melalui kenyataan yang dibuat secara terbuka melalui media sosial, khasnya laman Facebook.

Antara sokongan yang mengejutkan datang daripada Karathu Muruthaiah, jurulatih bola sepak negara yang lebih dikenali M Karathu, yang secara terbuka menyatakannya kepada penyelaras Harapan Baru Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"I like your Harapan Baru. I wish your new party all the success. Majukan Harapan Baru (Saya suka Harapan Baru anda. Saya doakan semoga parti baru anda berjaya. Majukan Harapan Baru)," tulis jurulatih bolasepak Perak itu kepada Wan Rahim melalui Facebook."Terima kasih Datuk.

Datang dari personaliti semacam anda, ia memberikan makna yang besar kepada saya," tulis Wan Rahim membalas ucapan itu.Sementara itu, Ikram Malaysia menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama menyatakan sokongan terbuka kepada Harapan Baru.

"Ikram dengan ini mengalu-alukan Gerakan Harapan Baru; sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat," kata timbalan presiden Ikram, Hasanudin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya.

Serentak dengan pengumuman Harapan Baru oleh pengerusinya Mohamad Sabu Isnin lepas, mereka menubuhkan jawatankuasa pro-tem di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Johor, tapak utama gerakan ini, ia dipimpin sendiri barisan pimpinan PAS negeri sebelum ini apabila bekas pesuruhjaya sesi lalu, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Aminul Huda Hassan, menjadi penyelarasnya.

Di Perak, bekas bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi sendiri memimpin gerakan itu dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai timbalannya.Di Wilayah Persekutuan pula, bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli sendiri memimpinnya manakala di Kedah ia dipimpin bekas exco Kedah, Dr Ismail Salleh.

Pemimpin lain ialah Wan Rahim yang menerajui usaha itu di Kelantan, Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus (Sarawak), Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Harapan Baru dilancarkan dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu oleh pemimpin progresif yang tersingkir PAS.Ia merupakan medium aktiviti kumpulan tersebut sebelum parti mereka diluluskan dengan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.Bagaimanapun, ketika sokongan mencurah untuk mereka, serangan mula datang daripada parti lama mereka iaitu PAS.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan parti ini tidak akan berjaya kerana ia hanya proksi DAP, manakala ketua penerangannya Nasrudin Hassan menyifatkan pemimpin mereka sebagai pengkhianat kepada PAS.

Strategis PAS Dr Zuhdi Marzuki pula menyifatkan Islam mereka ala Islam Amerika dan akan disenangi Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung golongan LGBT dan DAP sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana