Beras FAIZA "diserang".. Agenda kafir untuk musnahkan perniagaan melayu

Kini terbongkar dilaman sosial Facebook dan juga Whatsapp mengenai dakwaan media-media cina tentang syarikat beras melayu menggunakan beras plastik yang diimport dri China.

Beras yang dimaksudkan ialah Beras dari keluaran Syarikat Faiza yang diketahui milik bumiputera. Sebelum ini, fitnah berkenaan hanya berlegar didalam group sembang laman sosial, tetapi kini ia semakin menular ke media konvensional pula.

Ramai yang mendakwa, fitnah mengenai syarikat Faiza menggunakan beras plastik import dari China tersebut sengaja diwar-warkan untuk menutup peluang syarikat bumiputera bersaing dengan syarikat pengeluar beras lain.

Mungkin benar dakwaan tersebut dan juga mungkin ianya sekadar persepsi yang menjadi mainan individu yang mahu mencari publisiti murahan didalam laman sosial.

Untuk pengetahuan bersama, Syarikat Faiza ditubuhkan pada tahun 1982 oleh pengasasnya iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Pada tahun 1997, syarikat Faiza menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) untuk memasarkan beras yang berkualiti dan seratus-peratus buatan Islam.

Kini Faiza mempunyai 3 buah kilang di Semenanjung bersama 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. Antara jenama beras Syarikat Faiza yang menjadi tumpuan ramai adalah Taj Mahal kerana ia baik untuk penghidap diabetes, obesiti serta darah tinggi.

Selain Taj Mahal, pengguna juga menggemari beras jenis Basmathi, beras wangi tempatan dan Thai Super Special.

Mungkin disebabkan populariti beras keluaran Faiza yang kini semakin meluas serta dipercayai oleh pengguna Malaysia, pelbagai taktik kotor dilakukan oleh pesaing bagi menjatuhkan imej syarikat milik bumiputera/Islam ini.

Diharap rakyat Malaysia bijak untuk menilai perkara yang sebenar didalam memilih produk makanan yang berkualiti serta terjamin baik untuk kesihatan.

Apa yang pasti, Syarikat Beras Faiza bukanlah seperti yang didakwa didalam media-media sosial. Syarikat ini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana