Berani KErana Benar...Takut Kerana Salah...Najib Mulakan Proses Perundangan terhadap The Wall Street Journal

KUALA LUMPUR 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memulakan proses perundangan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang disiarkan pada 3 Julai lalu yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.

Firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak-pihak yang menulis, mengedar dan mencetak artikel terbabit.

“Melihat secara teliti kepada kandungan artikel terbabit, kami memutuskan bahasa yang digunakan secara sengaja atau tidak telah membuat rujukan beberapa fakta dan pihak-pihak terbabit telah dirujuk secara kurang jelas,” katanya di dalam satu surat.

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat 1MDB oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

Semalam pasukan itu memaklumkan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Berikut adalah kandungan penuh surat yang dikeluarkan : -

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana