Berani KErana BEnar....Siasat pembocor maklumat dalam Pasukan Penyiasat Khas

Saya mendesak agar Peguam Negara menyiasat segera kebocoran maklumat siasatan yang belum lengkap oleh Pasukan Penyiasat Khas yang ditubuhkan oleh beliau sendiri. Kecuaian itu boleh membawa kesan tidak adil dan fitnah kepada YAB Perdana Menteri.
Adalah pelik apabila Wall Street Journal boleh menerbitkan sebuah artikel berkaitan dokumen Pasukan Peyiasatan Khas kurang daripada 24 jam selepas serbuan dibuat.

Tidak lama selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat, Wall Street Journal sekali lagi telah menerbitkan dokumen –dokumen berkaitan.

Menurut Wall Street Journal, terdapat dua (2) jenis dokumen yang telah mereka terima daripada Pasukan Penyiasat Khas Kerajaan di Malaysia. Yang pertama adalah ‘remittance document’ dan yang kedua adalah dokumen pasukan penyiasatan tersebut.

"Remittance document” cuma menyebut nombor akaun AmIslamic Bank yang tidak mempunyai nama sesiapa pun.

Jika benar ada di kalangan anggota kepada Pasukan Penyiasatan Khas pimpinan Peguam Negara membocorkan maklumat kepada Wall Street Journal, maka dokumen yang mereka terima adalah dokumen yang masih di dalam siasatan yang tidak lagi tahu kesahihannya atau kebenarannya.

Peguam Negara dan ketua agensi yang terlibat di dalam Pasukan Penyiasatan Khas ini perlu melakukan siasatan dalaman untuk mengesan dalang yang telah membocorkan maklumat dan dokumen sulit ini kepada media asing.

Tindakan tegas perlu diambil kerana pembocoran maklumat ini telah mengakibatkan spekulasi negatif terhadap imej Dato’ Sri Najib Tun Razak. Pembocoran maklumat ini juga boleh menjejaskan keseluruhan penyiasatan kerana terdapat individu yang tidak lagi bersifat ‘impartial’.

Saya juga hairan kenapa Pasukan Penyiasat Khas ini menumpukan siasatan kepada akaun 1MDB sedangkan Pasukan Khas ini sepatutnya mendapatkan testimoni terlebih dahulu daripada pihak WSJ sebagai pihak yang menyebarkan tuduhan.

Sekali lagi ingin ditekankan, Pasukan Penyiasat Khas PERLU menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti siapakah dalang yang membocorkan maklumat tersebut dan tindakan tegas perlu diambil dengan segera. AG perlu bertanggungjawab di atas kebocoran ini dan perlu menafikan dia terlibat dengan kebocoran ini.

Ekoran daripada pembocoran itu pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada wujud konspirasi terancang untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik terutama dalang utamanya.

DATUK DR. PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
8 JULAI 2015

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana