BERAKHIRNYA KELAB PENYOKONG PAS?

Hu Pang Chow, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.
Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana