Asmuni, Nizar ketuai GARU Perak

Gerakan Harapan Baru (GARU) Negeri Perak menampilkan bekas Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi ?sebagai penyelaras sementara Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Penyelaras.
Asmuni berkata, selain Mohammad Nizar beberapa individu yang merupakan bekas pimpinan Pas negeri turut dipilih  mengisi jawatankuasa Harapan Baharu Perak.

Sinar melaporkan Asmuni berkata antara individu yang berada dalam jawatankuasa itu termasuklah bekas Yang Dipertua PAS Tambun, Dr Khairuddin Abd Malik; bekas Adun Lubuk Merbau,  Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan bekas Bendahari Pemuda PAS Pusat, Fakhrulrazi Mokhtar.

Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan Harapan Baru untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata, gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, ujar Asmuni lagi, senarai penuh ahli jawatankuasa akan diumumkan dalam masa terdekat dan kebanyakan mereka yang dilantik telah menyatakan persetujuan untuk memikul tanggungjawab.

"Kita akan memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Harapan Baharu bagi negeri Perak pada 26 Julai bersama-sama pimpinan pusat yang dijangka diadakan di Ipoh.?

"Setakat ini, maklum balas yang kita terima daripada penyokong sangat positif, malah mereka tidak sabar menantikan parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana