"Apakah Munasabah Ambil Dana Awam Guna Akaun Sendiri", Soal Ahmad Shabery

KUANTAN: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya ada motif di sebalik laporan berita yang mendakwa jutaan dolar Amerika disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

"Apakah ia munasabah untuk seseorang itu mengambil dana awam menggunakan akaun bank namanya? Jumlah wang yang terbabit pula bukannya jutaan Ringgit tetapi bilion.

"Ia tentu dapat dikesan pihak bank. Saya bimbang ada motif di sebaliknya untuk memusnahkan ekonomi negara," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini pada Sabtu.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, laporan itu disiarkan sehari selepas Rating Fitch mengkaji semula hutang Malaysia daripada negatif kepada stabil.

Beliau menambah, Kabinet akan menentukan sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap laporan berita itu.

Laporan Wall Street Journal pada Jumaat menyebut, siasatannya menemui dokumen berkaitan perpindahan AS$700 juta (RM2.7 bilion) ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Susulan itu, 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan itu di mana Najib berkata ia adalah kempen dan sabotaj politik untuk menjatuhkan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana