APa Yang BODOH Nya....Penganjur Perhimpunan Di Sarawak Bakal Berdepan Tindakan - KPN

SHAH ALAM: Penganjur perhimpunan Sarawak Freedom and Independence Day Walk mungkin dikenakan tindakan kerana menganjurkan program yang dikatakan bertujuan menghasut rakyat negeri itu supaya keluar dari Persekutuan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur boleh dikenakan tindakan kerana perkara ini serius dan melibatkan Perlembagaan.

"Menyeru rakyat supaya memerdekakan Sarawak adalah satu perkara yang serius dan kita tak boleh biarkan.

"Perlembagaan kita ada, sebarang tindakan perlu dibuat mengikut Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Polis Bantuan Koperasi Polis di i-City, di sini, Rabu.

Khalid berkata, polis mendapati kira-kira 700 orang telah terlibat dalam perhimpunan pagi Rabu.

"Kita memantau apa yang mereka sebut , mesej-mesej yang mereka buat.

"Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Di Kuching, satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (Sadia) dan Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S) diadakan bagi  memperingati kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 sebelum bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.

Polis, pada Selasa telah memberi amaran supaya pihak penganjur membatalkan perhimpunan itu.

Khalid berkata, amaran itu dibuat ekoran pihaknya mampunyai maklumat ada pihak merancang mahu menggunakan acara itu untuk membangkitkan sentimen rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana