Anwar tidak layak jadi 'tahanan dalam rumah' - Sulaiman Yassin

SHAH ALAM: Tidak ada sebarang peruntukan untuk mana-mana banduan yang sakit diberikan kelonggaran bagi menjalani hukuman 'tahanan dalam rumah'.

Justeru penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin berkata tidak ada dalil yang kuat mengapa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa itu, memandangkan beliau bukannya tahanan politik.

Tambahan pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri memberikan jaminan bahawa Anwar akan mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya.

"Dia (Anwar Ibrahim) telah melakukan jenayah, dia perlu diperlakukan sebagai banduan dan dia bukan tahanan politik. Kalau tahanan politik lain. Kalau kerajaan bagi status tahanan rumah kepada dia, apa jadi kepada semua banduan yang lain. Ini tidak adil kepada pesalah lain", katanya ketika dihubungi Antarapos.

"Pejabat Penjara akan tingkatkan khidmat dengan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi rawatan yang sejawarnya kepada beliau. Dia tidak boleh diberi layanan istimewa kerana dia banduan biasa, yang telah disabitkan kesalahan," katanya.

Dua peguam yang mewakili Anwar semalam memberitahu tahap kesihatan bekas Ketua Pembangkang itu merosot apabila disahkan mempunyai ketumbuhan 4cm di buah pinggang, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.

Perkara itu dikesan selepas Anwar dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari pada 2 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Felo Penyelidik Utama di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata tuntutan dua peguam Anwar itu mempunyai agenda tersembunyi bagi 'membebaskan' Anwar.

"Beliau adalah ahli politik, apa yang dirancang beliau mesti ada niat disebalik itu. Dia juga adalah pemikir strategik PKR. Ini semua untuk manfaat politik beliau. Ini antara usaha dan helah beliau," ujarnya lagi.

Anwar dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana