Anwar Masih Gila Isim Dengan Politik Negara

Meskipun baharu sahaja menghabiskan 165 hari daripada hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh, namun Anwar Ibrahim kini dilihat masih gila isim dengan politik negara.

“Mungkin kesepian di dalam penjara membuatkan beliau isim dengan suasana politik,” ulas blog Penyokong PAS.

Blog Penyokong PAS membuat ulasan sedemikian berdasarkan usaha Anwar untuk campur tangan dalam urusan politik negara meskipun masih meringkuk di penjara.

Ia merujuk kepada perutusan Anwar melalui peguamnya pada 21 Julai yang antara lainnya menyebut;

“Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

“Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.

“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.”

Menurut blog Penyokong PAS kenyataan Anwar seperti di atas adalah kenyataan dari seorang yang angkuh yang tidak bermuhasabah kesilapan dirinya sendiri.

“Pada ana, ini semua kenyataan orang yang tidak sedar diri. Waima diri dipenjara kerana kes liwat, masih lagi ada kesombongan nak menentukan nasib bangsa dan negara.

“Ini satu contoh manusia yang tidak tahu malu. Diri yang bergelumang dengan noda pun mahu ditampikan suci dan bersih.

“Kononnya PAS tidak ada nama di dalam Pakatan 2.0. Gerakan Harapan Baru lebih dipercayai. ABIM dan IKRAM lebih suci.

“Tidak ada apa yang PAS perlu takut dengan kenyataan seperti ini. Rakyat sedang menilai sejauh mana perlu kita mendengar ayat manusia yang songsang segalanya.

“Kita biarkanlah sahaja,” ulasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana