Amboiiii Muslimah PAS Selangor Ni.....Jalinkan hubungan tidak rasmi, DAP bukan musuh tegar, kata Wanita PAS

Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal, Wanita PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dapat menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.

Sikap Wan Hasrina ini dilihat pemerhati politik terkedepan berbanding Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis:"Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi.

Kenyataan Razman dikecam DAP Perak.

"PAS mahu lawan 59 kerusi DUN Perak? Terbukti niat untuk membantu BN menang PRU14," kata Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.

"Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk pemimpin ini untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," kata bekas speaker DUN Perak itu.

Katanya, kenyataan Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak juga melibatkan kerusi yang ditandingi PKR.

"Jadi, bagaimana pula PAS boleh mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR?" soal Sivakumar.

Beliau berkata, PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di Perak.

"Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu Umno Barisan Nasional menubuhkan kerajaan sekali lagi di Perak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana