Alvin cetus kontroversi lagi, dakwa kelemahan Melayu enggan terima kritikan

SHAH ALAM: Blogger yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menghina penganut Islam dua tahun lalu, Alvin Tan, kini 'kembali' dengan kenyataan yang berbaur kritikan terhadap kaum Melayu, susulan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat beberapa hari lalu.

Beliau berkata, kelemahan utama kaum Melayu adalah bukan malas atau bodoh, sebaliknya keengganan menerima kritikan terhadap mereka.

"Apabila sebarang kritikan atau tohmahan dilemparkan ke arah orang Melayu, orang Melayu terus, tanpa berfikir, membalas dengan kata-kata kesat dan lucah mengalahkan sean (syaitan).

"Jarang sekali kaum Melayu berhenti seketika untuk mempertimbangkan apakah kritikan yan disuarakan itu benar, sahih dan kukuh asasnya," katanya menerusi satu posting di laman sosial Facebook.

Ujar blogger kontroversi berkenaan, peluang untuk memperbaiki diri sendiri 'lesap' berikutan keengganan orang Melayu untuk mengawal kemarahan dan meneliti kekurangan diri sendiri.

Posting itu diakhiri dengan kata-kata #MakananBuatPemikiranSempenaBulanPuasa.

Alvin sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana memuat naik satu gambar di Facebook bersama teman wanitanya, Vivian Lee, menikmati Bak Kut Teh pada bulan Ramadan, dengan menyelitkan ucapan Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana